Friday, February 18, 2011

Inspirasi Ruang Tamu Kontemporari

Simplicity and clutter-free...aspek penting yang perlu diingat jika anda inginkan dekorasi kontemporari. Galeri foto ini mungkin dapat membantu anda mendapatkan inspirasi untuk stail yang idamkan.

[ Klik mana-mana foto untuk mod preview ]

  • Tuesday, February 15, 2011

    Stail Dekor - Moden atau Kontemporari

    Contemporary vs modern... apa bezanya dalam bidang hiasan dalaman?. Atau mungkin tiada beza. Kalau dirujuk pada kamus, kedua-duanya menampakkan ciri persamaan. Kalau tanya pada tokeh atau pekerja kedai perabot, bermacam-macam jawapan akan anda dengar. Kebanyakan orang akan menggangapnya serupa. Tetapi, dari sudut seni dan rekaan (art and design), kedua-duanya BERBEZA.

    Perkataan 'kontemporari' merujuk pada 'masa kini' atau 'semasa'. Rekaan kontemporari atau perabot kontemporari merujuk kepada rekaan abad ke-21. Perkataan kontemporari digunakan untuk menerangkan stail dan rekaan 'terkini'. Kegunaan terminologinya lebih luas, tidak terhad pada satu stail. Rekaan kontemporari boleh digunakan pada pelbagai trend dan stail mengikut zamannya (satu jangka masa tertentu). Ia mungkin idea rekaan terkini hasil inspirasi tahun 70an. Anda juga boleh memiliki ruang tamu kontemporari ala 60an sekiranya gaya hiasan anda berkonsepkan minimalis. Spacious dan uncluttered kunci kepada stail kontemporari.

    Manakala 'moden' bukan bermaksud 'semasa'. Di sini timbulnya kekeliruan. Oleh kerana kita hidup di zaman serba moden, dikelilingi teknologi semakin canggih, jadi rekaan baru yang ada di pasaran pun kita anggap 'moden'. Ini kurang tepat. Bila bercakap tentang apa pun yang berkait dengan seni, senibina, rekaan, mahu pun muzik, perkataan 'moden' sebenarnya merujuk pada 'stail'. Stail rekaan moden lahir semasa Perang Dunia Kedua dan lebih menekankan kepada minimalism, simplicity, dan fungsi suatu rekaan. Jika dibandingkan dengan stail tradisional, stail moden bermaksud sesuatu rekaan yang lebih simple tetapi fungsinya diperkaya (pelbagai guna, ringan, tahan lasak dan jimat ruang) hasil penggunaan material baru antaranya seperti alumunium, keluli tahan karat, kaca di samping kayu, kulit, vinyl dan fabrik yang biasanya bertona kehitaman atau putih. Permukaannya rata... sleek dan clean lines. Tiada lagi disarat dengan ukiran atau corak bungaan. Jadi, stail moden sudah pun wujud sejak dari dulu lagi.

    Kenapa orang selalu silap dan keliru?. Sebabnya, stail moden masih belum ketinggalan zaman. Cuba perhatikan trend produk-produk terkini, atau high-end, penampilannya masih simple dan fungsinya semakin pelbagai. Jadi, hingga hari ini, produk atau perabot berciri rekaan moden masih menguasai pasaran semasa. Bermakna ia juga 'kontemporari', bukan?. Memang keliru. Jika anda buat perbandingan dengan melihat gambar-gambar di laman web pun, perbezaannya tak ketara. Serupa tapi tak sama. Sebab itulah, penggunaan kedua-dua perkataan ini saling bersilih ganti. Setelah banyak menghabiskan masa dan wang ringgit, anda rasa sangat puas dan yakin dengan stail kontemporari ruang tamu anda. Suatu hari, rakan anda yang bertandang memuji dengan berkata "wah! cantik la... saya pun minat dengan stail moden macam ni". Apa anda rasa?. Di mana yang tak kena?.

    Ruang tamu moden

    Ruang tamu kontemporari

    Kedua-dua stail mempunyai ciri penampilan yang sama. Ringkas dan tidak serabut. Untuk menampakkan stail moden mungkin lebih mudah. Salah satu caranya, hadkan penggunaan tona warna hitam, kelabu, perak dan putih. Wujudkan suasana cerah dan berkilat dengan penggunaan material berasaskan kaca, keluli tahan karat, alumunium, dan kulit.

    Untuk stail kontemporari, ideanya lebih luas. Anda perlu kenal pasti ciri-ciri asas yang ada pada suatu stail pada zaman atau eranya. Contohnya warna merah dan putih sinonim dengan zaman 60an. Gunakan warna tersebut untuk menampakkan keunikan dan menyampaikan mesej anda. Idea kontemporari masa kini pula lebih menekankan warna terang (striking), hiasan abstrak, dan corak geometri. Yang penting simple... simple... and simple!.

    Saturday, February 12, 2011

    Tip Memasang Langsir Dapur

    Langsir dapur ringkas dan praktikal
    Sudah menjadi trend kita menukar langsir setiap kali menjelang hari lebaran. Langsir-langsir lama disimpan. Setidak-tidaknya boleh digunakan ditempat lain. Pernahkah anda terfikir untuk memasang langsir lama bilik anda di dapur?. Tidak perlulah kita membazir. Nanti dulu...anda tidak boleh gunakan langsir lama. Kenapa?. Kerana fungsi dan aktiviti di dapur berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya semasa menghias rumah anda.

    Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggil heavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi, light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.

    Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.

    Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lace, nylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.

    Semasa hendak memasang langsir, pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Seperkara lagi, bagi kes tertentu, langsir tadi mungkin juga akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.

    Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh rumah anda dengan jiran. Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi anda yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada kesibukan, langsir dapur mungkin tidak perlu sangat. Anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.

    Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).

    Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.

    Masih belum jumpa langsir yang sesuai?. Satu lagi pilhan, anda boleh gunakan blind curtain. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.

    Monday, February 7, 2011

    Posisi Katil Di Bilik Tidur

    Katil di bilik tidur
    Posisi katil di dalam bilik tidur penting dalam mempengaruhi keselesaan dan ciri-ciri praktikalnya sebagai tempat untuk berehat menghilangkan penat seharian. Memandangkan katil merupakan perabot yang terbesar dan terpenting untuk bilik tidur, anda perlu memikirkan di mana posisi yang dapat mewujudkan suasana yang tenang dan nyaman. Ketenteraman yang diperlukan untuk anda lebih cergas pada keesokan hari. Mengekalkan ketenangan bilik tidur.

    Anda perlu fikirkannya secara praktikal di mana lokasi yang lebih sesuai untuk menampakkan keseimbangan ruang. Selain dari kriteria Feng Shui, anda hanya perlu menggunakan common sense untuk menambah daya tarikan di samping keselesaan yang diinginkan.

    1. Tidak menghalang laluan. Secara logiknya, posisi yang dipilih tidak sepatutnya mengganggu laluan masuk ke bilik tidur, dan juga laluan di mana penghuni lalu lalang. Jika boleh, sebaiknya elakkan dari bersebelahan pintu sebab akan menampakkan keganjilan bagi keseimbangan bilik. Bila seseorang hendak masuk ke bilik tidur, ketika berdiri di muka pintu, selalunya dia inginkan suatu sudut yang membenarkannya memandang apa yang ada di dalam bilik tersebut. Jadi, sentiasa ingat tentang lokasi katil bila nak mengubah gaya susunan di bilik tidur anda.
    2. Jarak paling jauh dari pintu. Kalau anda berdiri di muka pintu, kenalpasti lokasi yang paling jauh dari anda. Lokasi tadi sepatutnya membolehkan anda melihat keseluruhan katil anda. Anda akan dapat mengawal keluasan bilik dengan cara ini. Secara tidak langsung, ruang anda bergerak tidak akan terhalang. Jika pintu berada di sebelah kiri, pilih lokasi yang paling kanan. Begitulah juga sebaliknya. Jika pintu berada di tengah. Anda boleh pilih di sudut paling kiri atau kanan.
    3. Kepala katil rapat ke dinding. Kebiasaannya, untuk nampak lebih solid dan struktur yang lebih terancang, rapatkan kepala katil atau headboard ke bahagian dinding solid (tiada tingkap di atasnya). Ia nampak agak ganjil jika jaraknya terlalu jauh dari dinding. Keseimbangan juga akan terjejas. Elakkan meletakkan kaki katil ke dinding. Jelas kelihatan out of order.
    4. Rapat di tengah dinding. Ia kelihatan lebih berstail dan menarik mata memandang namun jika luas lantai membenarkan. Bagi bilik tidur yang besar, letakkan kepala katil di tengah-tengah dinding yang paling luas. Seeloknya dinding yang kelihatan dominan jika dipandang dari arah pintu. Atau setidak-tidaknya, elakkan bahagian tepi katil merapati dinding sebelah kiri atau kanannya. Kedudukan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan anda, malahan dapat membantu anda mengatasi ruang kosong yang ada. Pembahagian ruang juga nampak lebih seimbang.
    5. Katil sebagai focal point. Itulah tujuan utama. Lokasinya sangat penting supaya seseorang mudah tertarik bila berjalan masuk ke dalam bilik tidur anda. Disebabkan saiznya besar, mempunyai stail tersendiri, katil selalu mendominasi bilik tidur dan amat sesuai dijadikan focal point. Focal point penting dalam dekorasi.
    6. Baring nampak pintu. Berdasarkan idea-idea di atas, pintu memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti lokasi katil. Kedudukan pintu akan menjadi panduan yang dapat membantu mendapatkan keselesaan, keseimbangan, dan daya tarikan bilik tidur anda. Satu cara yang mudah bagi memastikan apa yang anda lakukan benar-benar mencapai tujuannya, baring di atas katil secara menelentang. Anda sepatutnya boleh melihat pintu bilik tanpa gangguan atau halangan.

    Tuesday, February 1, 2011

    8 Rahsia Hias Rumah Flat

    Hendak menghias rumah flat (orang putih panggil apartment) memang mencabar sebab terpaksa berdepan dengan keluasan yang terhad. Tambahan pula, bagi penyewa rumah flat di bandar-bandar besar, tuan rumah sudah meletakkan macam-macam syarat. Sungguhpun bajet di kalangan pemilik atau penyewa rumah flat agak kecil, masih ada cara dan idea dekorasi yang sesuai. Nak tahu rahsianya?. Anda boleh cuba untuk menjadikan flat anda seperti di hias oleh seorang interior designer.


    #1 Balance and harmony

    Untuk dekorasi rumah flat anda, pentingkan keseimbangan dan keharmonian. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tetapi tidak bermaksud ia perlu serupa. Terlalu banyak yang serupa, hilanglah kreativiti anda.

    #2 Dekor rumah bukan bilik

    Kerana keluasan terhad, hias rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, stail atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi anda. Cuba pilih warna dinding yang terang (bright and bold) untuk satu bilik. Psikologi warna dalam hiasan dalaman. Gunakan warna yang sama pada bedding set dalam bilik yang satu lagi. Kemudian hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (masih warna yang sama).

    #3 Kualiti dan jenama

    Anda tidak perlukan setiap sudut dihiasi dengan perabot dan aksesori oleh pereka terkenal. Harga dan jenama tidak begitu penting. Cuma elakkan daripada menempatkan benda yang murah bersama yang mahal. Ia hanya menampakkan lagi 'murahnya' barang tersebut.

    #4 Kurang lebih baik

    Semakin anda kurangkannya, semakin lebih anda akan dapat. Apa maksudnya?. Pemilihan dan aturan perabot dan aksesori hiasan yang kelihatan kemas, simple, tidak kira berapa kosnya, akan nampak lebih bergaya dan mahal. Kerana ia berkait rapat dengan ciri hiasan dalaman moden yang elegan.

    #5 Mix and Match

    Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk IKEA hanya akan kelihatan 'keterlaluan'. Adun dan padankan apa jua yang ada. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasinya tampil lebih berkesan.

    #6 Kurangkan ukuran untuk lebih luas

    Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik anda kecil, anda perlukan perabot bersaiz kecil juga. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggantung lukisan atau artwork bersaiz besar untuk mencipta ilusi sebuah bilik yang luas. Namun anda tidak boleh gunakan trik yang sama ketika memilih perabot. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.

    #7 Masa adalah segalanya

    Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru anda, anda terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang yang ada. Sabar...kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui apa yang diinginkan. Yang mana akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk rumah flat anda. Atau anda terpaksa berbelanja lebih pada hari tersebut. Ambil masa sehingga anda jumpa yang benar-benar sesuai dengan citarasa dan kediaman anda. 

    #8 Too funky is junky

    Tidak salah dengan ciri funky. Warna yang striking, bentuk unik, selalu menarik pandangan. Ia akan jadi lambang citarasa anda dan mempunyai mesej yang tersendiri. Tetapi jangan over. Tonjolkan secara minima. Jika banyak sangat, jadi serabut atau semak. Contohnya, anda hanya perlu tempatkan salah satu koleksi pasu anda di ruang tamu. Bukan ke lebih unik?.