Monday, January 31, 2011
Panduan Beli Perabot Kayu
Bila hendak membeli perabot baru, perabot kayu sememangnya menjadi pilihan kebanyakan orang. Bila anda hendak berbelanja untuk perabot idaman, anda perlu berhati-hati semasa membeli. Ada beberapa soalan yang anda perlu jawab sebelum anda keluar membeli perabot kayu. Antaranya bajet, jenis kayu, binaan, kemasan, dan kualiti harus diambil kira sebelum anda buat keputusan untuk membelinya. Panduan ini mungkin boleh membantu anda.
Tuesday, January 25, 2011
Hias Rumah Dengan Cermin
Mirror...mirror on the wall!... Masih ingat zaman kecil dulu. Cermin dikatakan sinonim dengan kecantikan, kerana digunakan oleh kebanyakan wanita untuk kelihatan cantik, dan lebih cantik. Sekarang, cermin bukan lagi untuk meja make-up atau bilik air. Dekorasi rumah menggunakan cermin sudah menjadi trend dan ia satu trik di kalangan interior designer untuk menampilkan stail pada mana-mana ruang di rumah.
Cermin secara umumnya mempunyai dua fungsi utama iaitu, untuk mencipta ilusi ruang dan untuk meningkatkan pencahayaan pada suatu ruang. Kualiti dan sifat refleksi yang ada pada cermin mampu menyelesaikan masalah dalam dekorasi rumah anda.
Cermin secara umumnya mempunyai dua fungsi utama iaitu, untuk mencipta ilusi ruang dan untuk meningkatkan pencahayaan pada suatu ruang. Kualiti dan sifat refleksi yang ada pada cermin mampu menyelesaikan masalah dalam dekorasi rumah anda.
Kenapa guna cermin?
- Meluaskan Suatu Ruang. Bagi sebuah bilik yang kecil seperti bilik di apartment, menggantung cermin adalah satu cara yang jimat untuk mendapatkan lebih ruang secara ilusi. Bagaimana?. Dengan keupayaan refleksinya, cermin meningkatkan kadar cahaya dalam bilik tersebut. Lagi terang...lagi luas pemandangan dan begitu juga sebaliknya. Cermin juga akan menggandakan saiz dan kedalaman (depth) secara visual melalui imej yang berulang. Untuk membuat bilik anda lebih besar, gantung cermin pada dinding yang bertentangan dengan anda ketika memasuki bilik tersebut. Anda juga boleh lekapkan cermin di pintu almari atau kabinet jika dinding bilik anda sangat terhad. Bagi laluan seperti lorong dan tangga, anda boleh tempatkan cermin di kedua-dua bahagian dindingnya. Seeloknya saling bertentangan...jika boleh. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.
- Mencipta Titik Tumpuan (focal point) dan Kesan Yang Dramatik. Sebuah cermin yang besar akan menjadi focal point dengan sendirinya. Ia boleh digunakan sebagai anchor untuk semua elemen hiasan yang ada di ruang tersebut. Anda boleh letakkan cermin di atas meja makan untuk menonjolkan lagi hiasan meja yang digunakan. Namun, tidak terhad di situ. Koleksi lain seperti alat kosmetik juga akan lebih terserlah bila diletak di atas cermin. Jika ditempatkan di belakang rak buku, kesannya terhadap koleksi anda lebih dramatik. Focal point penting dalam dekorasi.
- Menghindarkan Kegelapan. Sememangnya tujuan utama cermin dalam dekorasi ialah untuk menerangkan suasana rumah pada waktu siang, apabila kita hanya mengharapkan sinar matahari. Jika cermin diletak pada tempat yang betul, bilik anda akan lebih terang. Anda perlu meletakkannya pada sudut yang bertentangan dengan tingkap supaya cahaya yang memasuki bilik anda dapat dipantulkan. Jika anda mempunyai bahagian dinding yang dicat dengan warna gelap, cermin mampu memantulkan bahagian bilik yang terang untuk menyembunyikan suasana kelam pada dinding tersebut.
- Menyembunyikan Kecacatan Dinding. Jika terdapat rekahan atau kecatatan lain yang tidak boleh diperbaiki pada dinding, satu cara yang paling mudah ialah dengan menempatkan cermin di situ. Walaupun langkah ini seharusnya hanya untuk sementara, ia mampu menyelesaikan masalah dengan cepat dan jimat.
Tip Tambahan
- Pastikan cermin yang digantung tidak terlalu tinggi, melainkan ia digunakan untuk memantulkan cahaya daripada tingkap. Bila terlalu tinggi, anda dan orang lain tidak dapat melihat refleksi imej yang cuba ditonjolkan.
- Selalu fikirkan apa yang akan dipantulkan oleh cermin anda. Sepatutnya ia digunakan untuk barang atau hiasan yang menarik seperti lukisan dan artwork. Elakkan mana-mana tempat serabut (tidak sedap mata memandang) daripada kelihatan di dalam cermin.
- Pastikan anda memilih frame yang sepadan dengan tema bilik anda. Bentuk dan stail cermin anda seharusnya seiring dengan elemen dekorasi anda yang lain.
- Bila memilih cermin untuk bilik anda, fikirkanlah yang besar. Lagi besar cermin...lagi banyak cahaya yang akan dipantulkan. Namun, terdapat satu kelemahan pada cermin besar kerana ia mudah pecah. Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkannya daripada berlaku.
- Untuk tujuan keselamatan, jika cermin yang anda gunakan berat, anda mesti pilih kawasan dinding, alat dan bahan yang digunakan untuk menempatkannya betul-betul kukuh.
Saturday, January 22, 2011
Corak dan Tekstur Dalam Dekorasi
Corak (pattern) dan tekstur (texture) memainkan peranan dan fungsi penting dalam interior decorating. Penggunaannya pada tema yang agak hambar (dull) boleh membantu menambah daya tarikan dan karakter di situ. Pemilihan corak dan tekstur adalah bergantung kepada limitasi ruang yang ada, stail dekorasi, dan citarasa peribadi anda. Memandangkan banyak pilihan corak dan tekstur yang ada, pemilihannya mungkin agak merumitkan.
Jika anda mengikuti panduan asas ini, anda akan mampu memilih dengan lebih bijaksana, dan dengan sendirinya anda menggunakan pandangan ilusi untuk mencipta suasana yang lebih dramatik pada mana-mana ruang di rumah anda.
Jika anda mengikuti panduan asas ini, anda akan mampu memilih dengan lebih bijaksana, dan dengan sendirinya anda menggunakan pandangan ilusi untuk mencipta suasana yang lebih dramatik pada mana-mana ruang di rumah anda.
- Corak kompleks yang mengandungi beberapa warna, bentuk berpenjuru (diagonal), garis menegak-melintang (criss-cross) yang lazimnya kelihatan serabut pada mata. Digunakan untuk menghidupkan suasana ruang yang luas, tetapi sangat tidak sesuai di tempat yang sempit.
- Garis vertikal sesuai untuk bilik yang berkeluasan terhad dengan cara menambah ketinggian siling secara visual.
- Garis horizontal juga digunakan untuk menambahkan keluasan dan kelebaran suatu ruang.
- Sentiasa ingat tentang skala dan saiz ruang rumah anda. Semakin luas ruang, semakin besar corak atau tektur. Semakin kecil ruang, semakin kecil corak dan tektur yang harus dipilih.
- Pemilihan kumpulan corak dan tekstur yang agak serupa pada suatu ruang adalah lebih baik dan mampu menghasilkan adunan yang lebih seragam.
- Tekstur mempengaruhi warna. Bagi tekstur kasar, ia akan menyerap cahaya. Manakala tekstur halus akan memantulkan cahaya.
Related Post
Friday, January 21, 2011
Hias Bilik Tidur Dengan Cepat dan Jimat
Baru sahaja enam bulan lepas anda mengubah suasana bilik tidur, dan hari ini hendak diubah semula. Bukanlah pelik jika anda seorang yang sentiasa sukakan suasana baru. Memang manusia berhajatkan persekitaran yang dapat memenuhi kehendaknya. Hendak mengubah dunia sekeliling kita, mungkin tidak mampu. Jadi, rumah yang kita miliki menjadi suatu tempat mencurah keinginan dan citarasa peribadi yang paling sesuai.
Dalam menghias rumah, selalunya, bilik tidur jarang di beri perhatian. Mungkin sebab bilik tidur bukan untuk tatapan tetamu kita. Adakah pujian tetamu yang kita harapkan?, atau keselesaan kita?. Sekiranya tidak mempunyai masa atau wang untuk mengubah penampilan bilik tidur anda, ikuti beberapa idea yang mungkin membantu anda menghias semula dengan cepat dan jimat.
Dalam menghias rumah, selalunya, bilik tidur jarang di beri perhatian. Mungkin sebab bilik tidur bukan untuk tatapan tetamu kita. Adakah pujian tetamu yang kita harapkan?, atau keselesaan kita?. Sekiranya tidak mempunyai masa atau wang untuk mengubah penampilan bilik tidur anda, ikuti beberapa idea yang mungkin membantu anda menghias semula dengan cepat dan jimat.
#1 Cat semula
Dengan menukar warna bilik tidur, anda akan mengubah suasananya dengan sekelip mata. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan warna yang terang (bright color) untuk menggantikan suasana dull sebelum ini. Anda juga boleh menggunakan kombinasi beberapa warna untuk dinding di situ. Bilik tidur anda akan kembali segar dan mengujakan. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.#2 Ganti set cadar dan langsir
Satu lagi cara, ganti set cadar, sarung bantal, comforter dengan tema warna yang lebih menonjol. Tumpukan pada pemilihan tema warna yang sesuai. Soal kualiti boleh diketepikan sekiranya kurang berkemampuan. Percaya atau tidak, walaupun hanya menukar comforter dan sarung bantal, anda akan memperoleh perubahan yang diharapkan. Untuk lebih lengkap, ganti langsir mengikut tema baru yang dipilih.#3 Letak hamparan, permaidani atau rug
Ini cara yang paling mudah untuk menghias bilik tidur anda dengan cepat. Jika diletak ditempat yang betul, hamparan atau rug ini akan menjadi titik tumpuan (focal point) bilik tidur anda. Focal point penting dalam dekorasi. Pilih dengan bijak hamparan yang ingin digunakan agar kewujudannya mampu memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur anda. Contohnya, jika bilik tidur anda berkonsep kontemporari, pilih corak geometri pada hamparan anda. Corak dan tekstur dalam dekorasi.Tuesday, January 11, 2011
Bayaran Guaman Jual Beli Rumah
Malay | English version
Bayaran guaman untuk jual beli hartanah daripada individu/lelong awam/pemaju adalah mengikut skala yang ditetapkan oleh SRO (Solicitor's Remuneration Order 2005). Namun kemungkinan terdapat sedikit perbezaan bila melibatkan disbursement atau caj-caj lain. Harus diingat terdapat 2 jenis perjanjian yang perlu dimeterai iaitu Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman, dan skalanya serupa.
Dalam hal berkaitan, terdapat diskaun sekiranya pembelian hartanah mengikut standard Perjanjian Jual Beli daripada pemaju:
Bagi duti setem untuk pinjaman, RM5 dkenakan bagi setiap RM1k. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.
Manakala skala duti setem untuk pindah milik hartanah atau MOT (Memorandum of Transfer Title) yang dikenakan apabila rumah telah siap dan mempunyai geran, seperti berikut:
Akhir sekali, masih terdapat caj/bayaran tambahan lain, seperti:
Bayaran guaman untuk jual beli hartanah daripada individu/lelong awam/pemaju adalah mengikut skala yang ditetapkan oleh SRO (Solicitor's Remuneration Order 2005). Namun kemungkinan terdapat sedikit perbezaan bila melibatkan disbursement atau caj-caj lain. Harus diingat terdapat 2 jenis perjanjian yang perlu dimeterai iaitu Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman, dan skalanya serupa.
- RM150k pertama = 1% (Minima RM300)
- RM150k - RM1juta = 0.7%
- RM1juta - RM3juta = 0.6%
- RM3juta - RM5juta = 0.5%
- RM5juta - RM7.5juta = 0.4%
- RM7.5juta dan seterusnya = Boleh dirunding (Minima 0.1%)
Dalam hal berkaitan, terdapat diskaun sekiranya pembelian hartanah mengikut standard Perjanjian Jual Beli daripada pemaju:
- RM45k ke bawah = RM250
- RM45k - RM100k = Diskaun 25% daripada jumlah mengikut skala
- RM100k - RM500k = Diskaun 30% daripada jumlah mengikut skala
- RM500k ke atas = Diskaun 35% daripada jumlah mengikut skala
Bagi duti setem untuk pinjaman, RM5 dkenakan bagi setiap RM1k. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.
Manakala skala duti setem untuk pindah milik hartanah atau MOT (Memorandum of Transfer Title) yang dikenakan apabila rumah telah siap dan mempunyai geran, seperti berikut:
- RM100k yang pertama = 1%
- RM101k - RM500k = 2%
- RM500k ke atas = 3%
Akhir sekali, masih terdapat caj/bayaran tambahan lain, seperti:
- Setiap caj/bayaran guaman tertakluk kepada 5% cukai perkhidmatan.
- Professional charges dan disbursement yang berpandukan kepada Forth and Fifth Schedule Legal Professional Act 1976.
Subscribe to:
Posts (Atom)




