Jumpa lagi. Teringat kepada salah seorang guru sekolah menengah dulu. Dia merupakan penasihat Kelab Seni dan Kreatif sekolah. Dia banyak memberi idea dan nasihat sepanjang 2 tahun saya menjadi presiden kelab. Bila bercerita tentang stail dan ketrampilan seseorang, dia memang seorang yang berbeza. Waktu itu bagi kami pelajar, keunikan gayanya hanya menjadi bahan ejekan.
Suatu hari, saya dengan beberapa ahli kelab telah dipelawa datang ke rumahnya untuk melihat lebih dekat puluhan pokok bonsai miliknya. Setelah puas, kami dijemput masuk ke rumahnya untuk minum petang. Ketika melangkah masuk, secara peribadi, saya amat terkejut dengan suasana dalaman rumahnya. Susun atur perabot dan hiasan yang ada boleh dikatakan biasa sahaja. Cuma hampir keseluruhan dinding didominasi dengan warna merah...MERAH DARAH. Itulah kali pertama saya jumpa orang (orang Melayu) cat dinding dalaman rumah dengan warna merah. Semakin bertambah ciri keunikan karakter dia.
Itu cerita 20 tahun dulu. Tetapi sudah ada orang yang berani menggunakan bright color dalam dekorasi rumah. Dewasa ini, merah semakin diterima kerana terbukti memberi impaknya yang tersendiri dalam hiasan dalaman. Dalam artikel terdahulu bertajuk psikologi warna dalam hiasan, warna merah digunakan untuk menarik perhatian seseorang. Sebab itu papan tanda yang bernotis amaran atau bahaya menggunakan warna merah. Namun penggunaannya tidak harus secara ektensif. Perlu dihadkan untuk mengekalkan daya tarikan tersebut.
'Kehangatan' yang ada pada warna merah menjadikannya sebagai perangsang kepada kesan energetik dalam suatu persekitaran. Penampilan akan lebih bertenaga, lebih rancak dan bersemangat. Dalam pada itu, secara logiknya kehangatan yang keterlaluan akan membawa kesan negatif. Bila takut akan kesan dramatik yang tidak diinginkan, maka ramai yang mengelak daripada menggunakan warna ini bila menghias rumah.
Merah boleh dipadankan dengan warna neutral dan natural untuk membangkitkan kehangatan. Persekitaran yang dull akan berubah dengan sedikit cetusan merah. Anda tidak perlu bergantung pada cat dalam hal ini. Di peringkat awal, anda hanya perlu meletakkan elemen hiasan contohnya bunga ros, pasu, kusyen kecil, dan hamparan untuk memperkenalkan warna merah di mana-mana ruang rumah anda.
Bila sudah semakin berani dan yakin, anda boleh mula menggunakan cat pada dinding yang sesuai...yang sesuai. Untuk mengecat keseluruhan dinding dengan merah adalah tidak digalakkan melainkan jumlah kontrasiti yang akan terhasil di antara 2 warna utama di ruang tersebut adalah sedikit. Tak faham kan?. Okay, cuba lihat padanan warna ini.
Merah dengan putih terlalu kontra tetapi adalah sebaliknya bagi merah dengan hitam. Jadi, anda boleh mengecat keseluruhan dinding dengan warna merah pada mana-mana ruang yang didominasi dengan warna hitam atau warna gelap. Atau pada ruang tertentu yang sememangnya anda inginkan kesan suram seperti bilik tv dan bilik santapan. Ini kerana kesan 'sakit mata' dari warna 'hangat' ini boleh dihindarkan apabila kontrasnya dikurangkan. Bagi kawasan lain, cukup sekadar mengecat untuk menjadikannya sebagai focal wall. Focal point penting dalam dekorasi.
Saturday, April 9, 2011
Sunday, April 3, 2011
Kenapa Beli Perabot Jati?
Hai! Jumpa lagi. Setelah sekian lama menyepi, kali ini saya ingin menyentuh tentang kecenderungan membeli dan memiliki perabot jati. Seingat saya, bila bertandang ke rumah orang waktu kecil dahulu, tak pernah tengok pun perabot jati. Tetapi sejak kebelakangan ini, sudah berlaku lambakan di pasaran. Semakin ramai pengusaha mengimport dari negara luar terutama Indonesia dan juga Thailand. Tidak kurang juga pengilang atau pengeluar tempatan.
Ada suatu ketika dulu, rakyat Malaysia sibuk mengusahakan tanaman pokok jati. Ini disebabkan permintaan yang semakin meningkat mendadak daripada pengguna. Bagi kita pengguna, kenapa suka sangat perabot jati ni?. Adakah hanya mengikut trend?.
Mengikut sejarahnya, kayu jati ni dah lama digunakan. Orang Cina yang mula menggunakannya untuk membuat kapal kerana mempunyai minyak semulajadi yang membuatkannya kalis air dan tahan untuk pelbagai cuaca. Minyak ini dengan sendirinya menjadi pelindung daripada mereput disebabkan kulat dan anai-anai. Bagi kapal-kapal yang sudah sampai usianya, orang tempatan di situ mengambil kayunya untuk dibuat perabot seperti katil, meja dan kerusi. Dan hingga hari ini kayu jati masih digunakan untuk membuat dek (lantai) kapal atau bot kerana tidak mudah licin atau reput akibat air laut.
Oleh itu kayu jati mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Keistimewaan ini yang sepatutnya anda jadikan alasan untuk memilikinya, dan menjadi panduan kepada anda dalam dekorasi rumah anda. Panduan beli perabot kayu. Perabot jati boleh dikatakan tidak memerlukan penjagaan untuk mengekalkan ciri-cirinya. Cukup dengan menggunakan minyak yang sesuai sekurang-kurangnya setahun sekali. Disebabkan ketahanannya, anda boleh menempatkannya di mana sahaja. Tidak perlu risau dengan dedahan cahaya matahari atau tempias hujan bila diletakkan berhampiran tingkap. Walhal sebenarnya, perabot jati sangat sesuai untuk kegunaan di luar rumah.

Related Posts
Friday, March 11, 2011
Padankan TV LCD dengan tema dekorasi
Dulu plasma, kemudian LCD, dan sekarang LED. Memang sudah menjadi trend pengeluar, rekabentuk televisyen sudah semakin nipis dan saiznya semakin besar. Itulah yang dikatakan modenisasi dalam teknologi yang lebih menekankan kepada fungsi produk yang dikeluarkan. Dari segi fizikalnya, walaupun dengan saiz tv LCD yang besar, ia lebih ringan dan kurang memakan ruang berbanding dengan tv dulu-dulu. Apatah lagi kualiti audio visualnya.
Namun, cuba anda perhatikan, tidak kira siapa pengeluarnya... berapa saiznya... pada kebiasaannya terdapat persamaan yang ketara iaitu antaranya warna yang terhad kepada hitam dan perak. Rekabentuknya bercirikan clean lines dan sleek.
Bila bercakap tentang hiasan dalaman, ciri-ciri rekaan tersebut menggambarkan stail moden. Gaya yang ringkas dan berstruktur yang masih popular sehingga ke hari ini. Bagi anda yang menggemari stail dekorasi yang lain... yang lebih tradisional, tv LCD anda akan menjejaskan sedikit persekitaran ruang tamu anda sekiranya posisi dan dekorasinya tidak dilakukan dengan cermat.
Dengan sendirinya, saiz tv LCD yang besar mudah menjadi focal point untuk ruang tamu anda. Tetapi anda tidak mahu ia mendominasi stail dan tema yang anda usahakan, dan tidak mahu ia mengambil alih focal point yang telah anda tetapkan. Jadi, bagaimana?.

- Pertama, kurangkan jumlah kontra yang ada di antara tv LCD dengan tema anda. Kontrasiti yang ada pada tv akan menjejaskan tema anda. Langkah ini seharusnya bermula ketika anda hendak membeli tv. Sekiranya anda menggunakan adunan warna tema yang cerah, pilihlah tv yang berwarna perak (bukan hitam sepenuhnya). Dah beli?....tak mengapa. Tv yang hitam berkilat juga boleh dipadankan dengan hiasan atau perabot lain yang mempunyai persamaan ciri. Hiasan yang sedondon ini akan mengurangkan kontra yang wujud. Anda juga boleh gunakan bahagian dinding untuk mencapai tujuan ini. Seperti mengecat dinding di belakang tv dengan warna kelabu. Atau, memasang heavy curtain yang mempunyai karakter moden.
- Kedua, menggunakan perabot yang sepadan. Fungsi tv LCD untuk menjimatkan ruang. Penggunaan rak tv yang lama (yang kedalamannya (depth) 1 3/4 - 2 kaki) hanya menidakkan fungsi yang ada dan akan menampakkan gap. Seeloknya lekapkan (mount) tv anda di dinding menggunakan braket khas. Di bahagian bawah tv, anda boleh letakkan rak yang ukuran kedalamannya lebih rendah/cetek. Rak buku boleh dijadikan pilihan yang sesuai bagi anda yang kreatif. Gunakan rak ini untuk meletak hiasan atau koleksi anda yang lain.
- Ketiga, meletakkan hiasan yang lebih sesuai di sekeliling tv anda. Hiasan yang lebih unik, yang lebih bermesej, akan lebih menarik perhatian. Item hiasan ini juga lebih mudah dipadankan dengan stail dekorasi sama ada dari segi warna, corak, tekstur, atau pun material. Kontrasiti yang anda telah berjaya kurangkan pada langkah pertama akan membuatkan hiasan ini lebih mendominasi dan kehadiran tv LCD semakin dipinggirkan.
- Keempat, menggunakan ruang khas untuk menyimpan tv LCD anda. Satu ruang yang boleh dibuka ketika mana anda ingin menonton tv dan ditutup apabila tidak digunakan. Sebenarnya, ini kaedah lama namun amat berkesan untuk mengekalkan stail dekorasi anda.
Friday, February 18, 2011
Inspirasi Ruang Tamu Kontemporari
Simplicity and clutter-free...aspek penting yang perlu diingat jika anda inginkan dekorasi kontemporari. Galeri foto ini mungkin dapat membantu anda mendapatkan inspirasi untuk stail yang idamkan.
[ Klik mana-mana foto untuk mod preview ]
Tuesday, February 15, 2011
Stail Dekor - Moden atau Kontemporari
Contemporary vs modern... apa bezanya dalam bidang hiasan dalaman?. Atau mungkin tiada beza. Kalau dirujuk pada kamus, kedua-duanya menampakkan ciri persamaan. Kalau tanya pada tokeh atau pekerja kedai perabot, bermacam-macam jawapan akan anda dengar. Kebanyakan orang akan menggangapnya serupa. Tetapi, dari sudut seni dan rekaan (art and design), kedua-duanya BERBEZA.
Perkataan 'kontemporari' merujuk pada 'masa kini' atau 'semasa'. Rekaan kontemporari atau perabot kontemporari merujuk kepada rekaan abad ke-21. Perkataan kontemporari digunakan untuk menerangkan stail dan rekaan 'terkini'. Kegunaan terminologinya lebih luas, tidak terhad pada satu stail. Rekaan kontemporari boleh digunakan pada pelbagai trend dan stail mengikut zamannya (satu jangka masa tertentu). Ia mungkin idea rekaan terkini hasil inspirasi tahun 70an. Anda juga boleh memiliki ruang tamu kontemporari ala 60an sekiranya gaya hiasan anda berkonsepkan minimalis. Spacious dan uncluttered kunci kepada stail kontemporari.
Manakala 'moden' bukan bermaksud 'semasa'. Di sini timbulnya kekeliruan. Oleh kerana kita hidup di zaman serba moden, dikelilingi teknologi semakin canggih, jadi rekaan baru yang ada di pasaran pun kita anggap 'moden'. Ini kurang tepat. Bila bercakap tentang apa pun yang berkait dengan seni, senibina, rekaan, mahu pun muzik, perkataan 'moden' sebenarnya merujuk pada 'stail'. Stail rekaan moden lahir semasa Perang Dunia Kedua dan lebih menekankan kepada minimalism, simplicity, dan fungsi suatu rekaan. Jika dibandingkan dengan stail tradisional, stail moden bermaksud sesuatu rekaan yang lebih simple tetapi fungsinya diperkaya (pelbagai guna, ringan, tahan lasak dan jimat ruang) hasil penggunaan material baru antaranya seperti alumunium, keluli tahan karat, kaca di samping kayu, kulit, vinyl dan fabrik yang biasanya bertona kehitaman atau putih. Permukaannya rata... sleek dan clean lines. Tiada lagi disarat dengan ukiran atau corak bungaan. Jadi, stail moden sudah pun wujud sejak dari dulu lagi.
Kenapa orang selalu silap dan keliru?. Sebabnya, stail moden masih belum ketinggalan zaman. Cuba perhatikan trend produk-produk terkini, atau high-end, penampilannya masih simple dan fungsinya semakin pelbagai. Jadi, hingga hari ini, produk atau perabot berciri rekaan moden masih menguasai pasaran semasa. Bermakna ia juga 'kontemporari', bukan?. Memang keliru. Jika anda buat perbandingan dengan melihat gambar-gambar di laman web pun, perbezaannya tak ketara. Serupa tapi tak sama. Sebab itulah, penggunaan kedua-dua perkataan ini saling bersilih ganti. Setelah banyak menghabiskan masa dan wang ringgit, anda rasa sangat puas dan yakin dengan stail kontemporari ruang tamu anda. Suatu hari, rakan anda yang bertandang memuji dengan berkata "wah! cantik la... saya pun minat dengan stail moden macam ni". Apa anda rasa?. Di mana yang tak kena?.
Kedua-dua stail mempunyai ciri penampilan yang sama. Ringkas dan tidak serabut. Untuk menampakkan stail moden mungkin lebih mudah. Salah satu caranya, hadkan penggunaan tona warna hitam, kelabu, perak dan putih. Wujudkan suasana cerah dan berkilat dengan penggunaan material berasaskan kaca, keluli tahan karat, alumunium, dan kulit.
Untuk stail kontemporari, ideanya lebih luas. Anda perlu kenal pasti ciri-ciri asas yang ada pada suatu stail pada zaman atau eranya. Contohnya warna merah dan putih sinonim dengan zaman 60an. Gunakan warna tersebut untuk menampakkan keunikan dan menyampaikan mesej anda. Idea kontemporari masa kini pula lebih menekankan warna terang (striking), hiasan abstrak, dan corak geometri. Yang penting simple... simple... and simple!.

Saturday, February 12, 2011
Tip Memasang Langsir Dapur
Sudah menjadi trend kita menukar langsir setiap kali menjelang hari lebaran. Langsir-langsir lama disimpan. Setidak-tidaknya boleh digunakan ditempat lain. Pernahkah anda terfikir untuk memasang langsir lama bilik anda di dapur?. Tidak perlulah kita membazir. Nanti dulu...anda tidak boleh gunakan langsir lama. Kenapa?. Kerana fungsi dan aktiviti di dapur berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya semasa menghias rumah anda.
Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggil heavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi, light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.
Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.
Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lace, nylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.
Semasa hendak memasang langsir, pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Seperkara lagi, bagi kes tertentu, langsir tadi mungkin juga akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.
Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh rumah anda dengan jiran. Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi anda yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada kesibukan, langsir dapur mungkin tidak perlu sangat. Anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.
Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).
Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.
Masih belum jumpa langsir yang sesuai?. Satu lagi pilhan, anda boleh gunakan blind curtain. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.

Related Post
Monday, February 7, 2011
Posisi Katil Di Bilik Tidur
Posisi katil di dalam bilik tidur penting dalam mempengaruhi keselesaan dan ciri-ciri praktikalnya sebagai tempat untuk berehat menghilangkan penat seharian. Memandangkan katil merupakan perabot yang terbesar dan terpenting untuk bilik tidur, anda perlu memikirkan di mana posisi yang dapat mewujudkan suasana yang tenang dan nyaman. Ketenteraman yang diperlukan untuk anda lebih cergas pada keesokan hari. Mengekalkan ketenangan bilik tidur.
Anda perlu fikirkannya secara praktikal di mana lokasi yang lebih sesuai untuk menampakkan keseimbangan ruang. Selain dari kriteria Feng Shui, anda hanya perlu menggunakan common sense untuk menambah daya tarikan di samping keselesaan yang diinginkan.

- Tidak menghalang laluan. Secara logiknya, posisi yang dipilih tidak sepatutnya mengganggu laluan masuk ke bilik tidur, dan juga laluan di mana penghuni lalu lalang. Jika boleh, sebaiknya elakkan dari bersebelahan pintu sebab akan menampakkan keganjilan bagi keseimbangan bilik. Bila seseorang hendak masuk ke bilik tidur, ketika berdiri di muka pintu, selalunya dia inginkan suatu sudut yang membenarkannya memandang apa yang ada di dalam bilik tersebut. Jadi, sentiasa ingat tentang lokasi katil bila nak mengubah gaya susunan di bilik tidur anda.
- Jarak paling jauh dari pintu. Kalau anda berdiri di muka pintu, kenalpasti lokasi yang paling jauh dari anda. Lokasi tadi sepatutnya membolehkan anda melihat keseluruhan katil anda. Anda akan dapat mengawal keluasan bilik dengan cara ini. Secara tidak langsung, ruang anda bergerak tidak akan terhalang. Jika pintu berada di sebelah kiri, pilih lokasi yang paling kanan. Begitulah juga sebaliknya. Jika pintu berada di tengah. Anda boleh pilih di sudut paling kiri atau kanan.
- Kepala katil rapat ke dinding. Kebiasaannya, untuk nampak lebih solid dan struktur yang lebih terancang, rapatkan kepala katil atau headboard ke bahagian dinding solid (tiada tingkap di atasnya). Ia nampak agak ganjil jika jaraknya terlalu jauh dari dinding. Keseimbangan juga akan terjejas. Elakkan meletakkan kaki katil ke dinding. Jelas kelihatan out of order.
- Rapat di tengah dinding. Ia kelihatan lebih berstail dan menarik mata memandang namun jika luas lantai membenarkan. Bagi bilik tidur yang besar, letakkan kepala katil di tengah-tengah dinding yang paling luas. Seeloknya dinding yang kelihatan dominan jika dipandang dari arah pintu. Atau setidak-tidaknya, elakkan bahagian tepi katil merapati dinding sebelah kiri atau kanannya. Kedudukan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan anda, malahan dapat membantu anda mengatasi ruang kosong yang ada. Pembahagian ruang juga nampak lebih seimbang.
- Katil sebagai focal point. Itulah tujuan utama. Lokasinya sangat penting supaya seseorang mudah tertarik bila berjalan masuk ke dalam bilik tidur anda. Disebabkan saiznya besar, mempunyai stail tersendiri, katil selalu mendominasi bilik tidur dan amat sesuai dijadikan focal point. Focal point penting dalam dekorasi.
- Baring nampak pintu. Berdasarkan idea-idea di atas, pintu memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti lokasi katil. Kedudukan pintu akan menjadi panduan yang dapat membantu mendapatkan keselesaan, keseimbangan, dan daya tarikan bilik tidur anda. Satu cara yang mudah bagi memastikan apa yang anda lakukan benar-benar mencapai tujuannya, baring di atas katil secara menelentang. Anda sepatutnya boleh melihat pintu bilik tanpa gangguan atau halangan.
Tuesday, February 1, 2011
8 Rahsia Hias Rumah Flat
Hendak menghias rumah flat (orang putih panggil apartment) memang mencabar sebab terpaksa berdepan dengan keluasan yang terhad. Tambahan pula, bagi penyewa rumah flat di bandar-bandar besar, tuan rumah sudah meletakkan macam-macam syarat. Sungguhpun bajet di kalangan pemilik atau penyewa rumah flat agak kecil, masih ada cara dan idea dekorasi yang sesuai. Nak tahu rahsianya?. Anda boleh cuba untuk menjadikan flat anda seperti di hias oleh seorang interior designer.
#1 Balance and harmony
Untuk dekorasi rumah flat anda, pentingkan keseimbangan dan keharmonian. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tetapi tidak bermaksud ia perlu serupa. Terlalu banyak yang serupa, hilanglah kreativiti anda.#2 Dekor rumah bukan bilik
Kerana keluasan terhad, hias rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, stail atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi anda. Cuba pilih warna dinding yang terang (bright and bold) untuk satu bilik. Psikologi warna dalam hiasan dalaman. Gunakan warna yang sama pada bedding set dalam bilik yang satu lagi. Kemudian hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (masih warna yang sama).#3 Kualiti dan jenama
Anda tidak perlukan setiap sudut dihiasi dengan perabot dan aksesori oleh pereka terkenal. Harga dan jenama tidak begitu penting. Cuma elakkan daripada menempatkan benda yang murah bersama yang mahal. Ia hanya menampakkan lagi 'murahnya' barang tersebut.#4 Kurang lebih baik
Semakin anda kurangkannya, semakin lebih anda akan dapat. Apa maksudnya?. Pemilihan dan aturan perabot dan aksesori hiasan yang kelihatan kemas, simple, tidak kira berapa kosnya, akan nampak lebih bergaya dan mahal. Kerana ia berkait rapat dengan ciri hiasan dalaman moden yang elegan.#5 Mix and Match
Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk IKEA hanya akan kelihatan 'keterlaluan'. Adun dan padankan apa jua yang ada. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasinya tampil lebih berkesan.#6 Kurangkan ukuran untuk lebih luas
Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik anda kecil, anda perlukan perabot bersaiz kecil juga. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggantung lukisan atau artwork bersaiz besar untuk mencipta ilusi sebuah bilik yang luas. Namun anda tidak boleh gunakan trik yang sama ketika memilih perabot. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.#7 Masa adalah segalanya
Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru anda, anda terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang yang ada. Sabar...kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui apa yang diinginkan. Yang mana akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk rumah flat anda. Atau anda terpaksa berbelanja lebih pada hari tersebut. Ambil masa sehingga anda jumpa yang benar-benar sesuai dengan citarasa dan kediaman anda.#8 Too funky is junky
Tidak salah dengan ciri funky. Warna yang striking, bentuk unik, selalu menarik pandangan. Ia akan jadi lambang citarasa anda dan mempunyai mesej yang tersendiri. Tetapi jangan over. Tonjolkan secara minima. Jika banyak sangat, jadi serabut atau semak. Contohnya, anda hanya perlu tempatkan salah satu koleksi pasu anda di ruang tamu. Bukan ke lebih unik?.Monday, January 31, 2011
Panduan Beli Perabot Kayu
Bila hendak membeli perabot baru, perabot kayu sememangnya menjadi pilihan kebanyakan orang. Bila anda hendak berbelanja untuk perabot idaman, anda perlu berhati-hati semasa membeli. Ada beberapa soalan yang anda perlu jawab sebelum anda keluar membeli perabot kayu. Antaranya bajet, jenis kayu, binaan, kemasan, dan kualiti harus diambil kira sebelum anda buat keputusan untuk membelinya. Panduan ini mungkin boleh membantu anda.
Berapa bajet anda?
Mungkin anda tidak kisah dengan bajet, tetapi bajet untuk membeli perabot merupakan satu panduan yang baik bila anda mula mencari perabot yang diinginkan. Jika anda mengagumi kualiti binaan, kayu yang baik, dan rekaan yang unik, anda mungkin terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkannya. Dan jika anda sudah terpikat dengan suatu perabot, bajet asal anda masih boleh difikirkan semula. Jadi, bajet ini akan membantu anda di landasan yang betul. Tidak perlulah menghabiskan wang simpanan semata untuk sebuah perabot.Di mana perabot itu digunakan?
Adakah saiznya sesuai dengan ruang yang ada?. Sudah pasti anda mengidamkan sebuah meja besar untuk ruang makan anda. Namun, jika ruangnya sempit, lebih baik mendapatkan ukuran perabot yang lebih sesuai. Dari segi bentuk, meja bulat memberi sedikit kelegaan ruang untuk pergerakan anda. Begitu juga dengan almari atau katil besar, tentunya akan memakan ruang. Yang penting, ia mesti sesuai secara fizikal dan visual dengan ruang di rumah anda.Apa stail perabot yang anda suka?
Syabas jika anda memang cenderung pada stail tertentu. Ini akan mengecilkan pilihan yang ada, seterusnya memudahkan dan menjimatkan masa anda membuat keputusan. Tetapi, ramai juga pemilik yang menghias rumahnya dengan menggunakan beberapa stail yang berbeza.Apa jenis kayu yang digemari?
Semua perabot kayu diperbuat daripada sama ada hardwood (kayu keras cth kayu jati, walnut, oak, maple, mahogany) atau softwood (kayu lembut cth kayu getah, pine, plywood, hardboard, fibreboard). Kayu keras yang baik pastinya mahal kerana ketahanannya.Adakah solid atau veneer?
Solid maksudnya mana-mana bahagian perabot (selalunya bahagian yang terdedah) yang menggunakan sepenuhnya jenis kayu yang dimaksudkan. Tetapi, rangka dan bahagian dalam perabot mungkin diperbuat daripada jenis kayu yang lebih murah. Terdapat juga kepingan kayu nipis yang dilekapkan di permukaan perabot untuk tujuan dekorasi. Teknik ini dipanggil veneering. Anda boleh tanya jenis kepingan veneer dan juga material asas perabot yang digunakan. Setidaknya, anda periksa di bahagian bawah meja untuk mengetahui material yang digunakan. Teknik yang seakan serupa iaitu laminating, biasa digunakan pada perabot kanak-kanak. Lapisan permukaannya berwarna solid.Apa jenis kemasan?
Kemasan perabot yang dilakukan akan mempelihatkan lagi keaslian kayu yang digunakan, dan adakalanya mengubah penampilan secara menyeluruh. Penggunaan minyak atau lilin (wax) menjadikan kayu lebih berkilat. Untuk lebih tahan lama, lacquer dan varnish digunakan. Ada juga perabot yang dicat. Yang penting kemasannya halus bila disentuh dan permukaan dari setiap sudut perabot adalah sama (matching).Adakah komponen perabot berfungsi dengan baik?
Anda perlu periksa semua komponen perabot untuk menjamin pemasangannya dilakukan dengan sempurna. Laci sepatutnya fit dan senang bila ditarik dan ditolak. Begitu juga dengan pintu bagi kabinet, mudah dibuka dan ditutup di samping menggunakan perkakasan yang berkualiti. Bagi kaki meja, pastikan parasnya sama dan tidak bergoyang sama sekali.Tuesday, January 25, 2011
Hias Rumah Dengan Cermin
Mirror...mirror on the wall!... Masih ingat zaman kecil dulu. Cermin dikatakan sinonim dengan kecantikan, kerana digunakan oleh kebanyakan wanita untuk kelihatan cantik, dan lebih cantik. Sekarang, cermin bukan lagi untuk meja make-up atau bilik air. Dekorasi rumah menggunakan cermin sudah menjadi trend dan ia satu trik di kalangan interior designer untuk menampilkan stail pada mana-mana ruang di rumah.
Cermin secara umumnya mempunyai dua fungsi utama iaitu, untuk mencipta ilusi ruang dan untuk meningkatkan pencahayaan pada suatu ruang. Kualiti dan sifat refleksi yang ada pada cermin mampu menyelesaikan masalah dalam dekorasi rumah anda.

Kenapa guna cermin?
- Meluaskan Suatu Ruang. Bagi sebuah bilik yang kecil seperti bilik di apartment, menggantung cermin adalah satu cara yang jimat untuk mendapatkan lebih ruang secara ilusi. Bagaimana?. Dengan keupayaan refleksinya, cermin meningkatkan kadar cahaya dalam bilik tersebut. Lagi terang...lagi luas pemandangan dan begitu juga sebaliknya. Cermin juga akan menggandakan saiz dan kedalaman (depth) secara visual melalui imej yang berulang. Untuk membuat bilik anda lebih besar, gantung cermin pada dinding yang bertentangan dengan anda ketika memasuki bilik tersebut. Anda juga boleh lekapkan cermin di pintu almari atau kabinet jika dinding bilik anda sangat terhad. Bagi laluan seperti lorong dan tangga, anda boleh tempatkan cermin di kedua-dua bahagian dindingnya. Seeloknya saling bertentangan...jika boleh. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.
- Mencipta Titik Tumpuan (focal point) dan Kesan Yang Dramatik. Sebuah cermin yang besar akan menjadi focal point dengan sendirinya. Ia boleh digunakan sebagai anchor untuk semua elemen hiasan yang ada di ruang tersebut. Anda boleh letakkan cermin di atas meja makan untuk menonjolkan lagi hiasan meja yang digunakan. Namun, tidak terhad di situ. Koleksi lain seperti alat kosmetik juga akan lebih terserlah bila diletak di atas cermin. Jika ditempatkan di belakang rak buku, kesannya terhadap koleksi anda lebih dramatik. Focal point penting dalam dekorasi.
- Menghindarkan Kegelapan. Sememangnya tujuan utama cermin dalam dekorasi ialah untuk menerangkan suasana rumah pada waktu siang, apabila kita hanya mengharapkan sinar matahari. Jika cermin diletak pada tempat yang betul, bilik anda akan lebih terang. Anda perlu meletakkannya pada sudut yang bertentangan dengan tingkap supaya cahaya yang memasuki bilik anda dapat dipantulkan. Jika anda mempunyai bahagian dinding yang dicat dengan warna gelap, cermin mampu memantulkan bahagian bilik yang terang untuk menyembunyikan suasana kelam pada dinding tersebut.
- Menyembunyikan Kecacatan Dinding. Jika terdapat rekahan atau kecatatan lain yang tidak boleh diperbaiki pada dinding, satu cara yang paling mudah ialah dengan menempatkan cermin di situ. Walaupun langkah ini seharusnya hanya untuk sementara, ia mampu menyelesaikan masalah dengan cepat dan jimat.
Tip Tambahan
- Pastikan cermin yang digantung tidak terlalu tinggi, melainkan ia digunakan untuk memantulkan cahaya daripada tingkap. Bila terlalu tinggi, anda dan orang lain tidak dapat melihat refleksi imej yang cuba ditonjolkan.
- Selalu fikirkan apa yang akan dipantulkan oleh cermin anda. Sepatutnya ia digunakan untuk barang atau hiasan yang menarik seperti lukisan dan artwork. Elakkan mana-mana tempat serabut (tidak sedap mata memandang) daripada kelihatan di dalam cermin.
- Pastikan anda memilih frame yang sepadan dengan tema bilik anda. Bentuk dan stail cermin anda seharusnya seiring dengan elemen dekorasi anda yang lain.
- Bila memilih cermin untuk bilik anda, fikirkanlah yang besar. Lagi besar cermin...lagi banyak cahaya yang akan dipantulkan. Namun, terdapat satu kelemahan pada cermin besar kerana ia mudah pecah. Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkannya daripada berlaku.
- Untuk tujuan keselamatan, jika cermin yang anda gunakan berat, anda mesti pilih kawasan dinding, alat dan bahan yang digunakan untuk menempatkannya betul-betul kukuh.
Saturday, January 22, 2011
Corak dan Tekstur Dalam Dekorasi
Corak (pattern) dan tekstur (texture) memainkan peranan dan fungsi penting dalam interior decorating. Penggunaannya pada tema yang agak hambar (dull) boleh membantu menambah daya tarikan dan karakter di situ. Pemilihan corak dan tekstur adalah bergantung kepada limitasi ruang yang ada, stail dekorasi, dan citarasa peribadi anda. Memandangkan banyak pilihan corak dan tekstur yang ada, pemilihannya mungkin agak merumitkan.
Jika anda mengikuti panduan asas ini, anda akan mampu memilih dengan lebih bijaksana, dan dengan sendirinya anda menggunakan pandangan ilusi untuk mencipta suasana yang lebih dramatik pada mana-mana ruang di rumah anda.

- Corak kompleks yang mengandungi beberapa warna, bentuk berpenjuru (diagonal), garis menegak-melintang (criss-cross) yang lazimnya kelihatan serabut pada mata. Digunakan untuk menghidupkan suasana ruang yang luas, tetapi sangat tidak sesuai di tempat yang sempit.
- Garis vertikal sesuai untuk bilik yang berkeluasan terhad dengan cara menambah ketinggian siling secara visual.
- Garis horizontal juga digunakan untuk menambahkan keluasan dan kelebaran suatu ruang.
- Sentiasa ingat tentang skala dan saiz ruang rumah anda. Semakin luas ruang, semakin besar corak atau tektur. Semakin kecil ruang, semakin kecil corak dan tektur yang harus dipilih.
- Pemilihan kumpulan corak dan tekstur yang agak serupa pada suatu ruang adalah lebih baik dan mampu menghasilkan adunan yang lebih seragam.
- Tekstur mempengaruhi warna. Bagi tekstur kasar, ia akan menyerap cahaya. Manakala tekstur halus akan memantulkan cahaya.
Related Post
Friday, January 21, 2011
Hias Bilik Tidur Dengan Cepat dan Jimat
Baru sahaja enam bulan lepas anda mengubah suasana bilik tidur, dan hari ini hendak diubah semula. Bukanlah pelik jika anda seorang yang sentiasa sukakan suasana baru. Memang manusia berhajatkan persekitaran yang dapat memenuhi kehendaknya. Hendak mengubah dunia sekeliling kita, mungkin tidak mampu. Jadi, rumah yang kita miliki menjadi suatu tempat mencurah keinginan dan citarasa peribadi yang paling sesuai.
Dalam menghias rumah, selalunya, bilik tidur jarang di beri perhatian. Mungkin sebab bilik tidur bukan untuk tatapan tetamu kita. Adakah pujian tetamu yang kita harapkan?, atau keselesaan kita?. Sekiranya tidak mempunyai masa atau wang untuk mengubah penampilan bilik tidur anda, ikuti beberapa idea yang mungkin membantu anda menghias semula dengan cepat dan jimat.

#1 Cat semula
Dengan menukar warna bilik tidur, anda akan mengubah suasananya dengan sekelip mata. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan warna yang terang (bright color) untuk menggantikan suasana dull sebelum ini. Anda juga boleh menggunakan kombinasi beberapa warna untuk dinding di situ. Bilik tidur anda akan kembali segar dan mengujakan. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.#2 Ganti set cadar dan langsir
Satu lagi cara, ganti set cadar, sarung bantal, comforter dengan tema warna yang lebih menonjol. Tumpukan pada pemilihan tema warna yang sesuai. Soal kualiti boleh diketepikan sekiranya kurang berkemampuan. Percaya atau tidak, walaupun hanya menukar comforter dan sarung bantal, anda akan memperoleh perubahan yang diharapkan. Untuk lebih lengkap, ganti langsir mengikut tema baru yang dipilih.#3 Letak hamparan, permaidani atau rug
Ini cara yang paling mudah untuk menghias bilik tidur anda dengan cepat. Jika diletak ditempat yang betul, hamparan atau rug ini akan menjadi titik tumpuan (focal point) bilik tidur anda. Focal point penting dalam dekorasi. Pilih dengan bijak hamparan yang ingin digunakan agar kewujudannya mampu memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur anda. Contohnya, jika bilik tidur anda berkonsep kontemporari, pilih corak geometri pada hamparan anda. Corak dan tekstur dalam dekorasi.Tuesday, January 11, 2011
Bayaran Guaman Jual Beli Rumah
Malay | English version
Bayaran guaman untuk jual beli hartanah daripada individu/lelong awam/pemaju adalah mengikut skala yang ditetapkan oleh SRO (Solicitor's Remuneration Order 2005). Namun kemungkinan terdapat sedikit perbezaan bila melibatkan disbursement atau caj-caj lain. Harus diingat terdapat 2 jenis perjanjian yang perlu dimeterai iaitu Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman, dan skalanya serupa.
Dalam hal berkaitan, terdapat diskaun sekiranya pembelian hartanah mengikut standard Perjanjian Jual Beli daripada pemaju:
Bagi duti setem untuk pinjaman, RM5 dkenakan bagi setiap RM1k. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.
Manakala skala duti setem untuk pindah milik hartanah atau MOT (Memorandum of Transfer Title) yang dikenakan apabila rumah telah siap dan mempunyai geran, seperti berikut:
Akhir sekali, masih terdapat caj/bayaran tambahan lain, seperti:

- RM150k pertama = 1% (Minima RM300)
- RM150k - RM1juta = 0.7%
- RM1juta - RM3juta = 0.6%
- RM3juta - RM5juta = 0.5%
- RM5juta - RM7.5juta = 0.4%
- RM7.5juta dan seterusnya = Boleh dirunding (Minima 0.1%)
Dalam hal berkaitan, terdapat diskaun sekiranya pembelian hartanah mengikut standard Perjanjian Jual Beli daripada pemaju:
- RM45k ke bawah = RM250
- RM45k - RM100k = Diskaun 25% daripada jumlah mengikut skala
- RM100k - RM500k = Diskaun 30% daripada jumlah mengikut skala
- RM500k ke atas = Diskaun 35% daripada jumlah mengikut skala
Bagi duti setem untuk pinjaman, RM5 dkenakan bagi setiap RM1k. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.
Manakala skala duti setem untuk pindah milik hartanah atau MOT (Memorandum of Transfer Title) yang dikenakan apabila rumah telah siap dan mempunyai geran, seperti berikut:
- RM100k yang pertama = 1%
- RM101k - RM500k = 2%
- RM500k ke atas = 3%
Akhir sekali, masih terdapat caj/bayaran tambahan lain, seperti:
- Setiap caj/bayaran guaman tertakluk kepada 5% cukai perkhidmatan.
- Professional charges dan disbursement yang berpandukan kepada Forth and Fifth Schedule Legal Professional Act 1976.
Subscribe to:
Posts (Atom)