Jumpa lagi. Teringat kepada salah seorang guru sekolah menengah dulu. Dia merupakan penasihat Kelab Seni dan Kreatif sekolah. Dia banyak memberi idea dan nasihat sepanjang 2 tahun saya menjadi presiden kelab. Bila bercerita tentang stail dan ketrampilan seseorang, dia memang seorang yang berbeza. Waktu itu bagi kami pelajar, keunikan gayanya hanya menjadi bahan ejekan.
Suatu hari, saya dengan beberapa ahli kelab telah dipelawa datang ke rumahnya untuk melihat lebih dekat puluhan pokok bonsai miliknya. Setelah puas, kami dijemput masuk ke rumahnya untuk minum petang. Ketika melangkah masuk, secara peribadi, saya amat terkejut dengan suasana dalaman rumahnya. Susun atur perabot dan hiasan yang ada boleh dikatakan biasa sahaja. Cuma hampir keseluruhan dinding didominasi dengan warna merah...MERAH DARAH. Itulah kali pertama saya jumpa orang (orang Melayu) cat dinding dalaman rumah dengan warna merah. Semakin bertambah ciri keunikan karakter dia.
Itu cerita 20 tahun dulu. Tetapi sudah ada orang yang berani menggunakan bright color dalam dekorasi rumah. Dewasa ini, merah semakin diterima kerana terbukti memberi impaknya yang tersendiri dalam hiasan dalaman. Dalam artikel terdahulu bertajuk psikologi warna dalam hiasan, warna merah digunakan untuk menarik perhatian seseorang. Sebab itu papan tanda yang bernotis amaran atau bahaya menggunakan warna merah. Namun penggunaannya tidak harus secara ektensif. Perlu dihadkan untuk mengekalkan daya tarikan tersebut.
'Kehangatan' yang ada pada warna merah menjadikannya sebagai perangsang kepada kesan energetik dalam suatu persekitaran. Penampilan akan lebih bertenaga, lebih rancak dan bersemangat. Dalam pada itu, secara logiknya kehangatan yang keterlaluan akan membawa kesan negatif. Bila takut akan kesan dramatik yang tidak diinginkan, maka ramai yang mengelak daripada menggunakan warna ini bila menghias rumah.
Merah boleh dipadankan dengan warna neutral dan natural untuk membangkitkan kehangatan. Persekitaran yang dull akan berubah dengan sedikit cetusan merah. Anda tidak perlu bergantung pada cat dalam hal ini. Di peringkat awal, anda hanya perlu meletakkan elemen hiasan contohnya bunga ros, pasu, kusyen kecil, dan hamparan untuk memperkenalkan warna merah di mana-mana ruang rumah anda.
Bila sudah semakin berani dan yakin, anda boleh mula menggunakan cat pada dinding yang sesuai...yang sesuai. Untuk mengecat keseluruhan dinding dengan merah adalah tidak digalakkan melainkan jumlah kontrasiti yang akan terhasil di antara 2 warna utama di ruang tersebut adalah sedikit. Tak faham kan?. Okay, cuba lihat padanan warna ini.
Merah dengan putih terlalu kontra tetapi adalah sebaliknya bagi merah dengan hitam. Jadi, anda boleh mengecat keseluruhan dinding dengan warna merah pada mana-mana ruang yang didominasi dengan warna hitam atau warna gelap. Atau pada ruang tertentu yang sememangnya anda inginkan kesan suram seperti bilik tv dan bilik santapan. Ini kerana kesan 'sakit mata' dari warna 'hangat' ini boleh dihindarkan apabila kontrasnya dikurangkan. Bagi kawasan lain, cukup sekadar mengecat untuk menjadikannya sebagai focal wall. Focal point penting dalam dekorasi.
Saturday, April 9, 2011
Sunday, April 3, 2011
Kenapa Beli Perabot Jati?
Hai! Jumpa lagi. Setelah sekian lama menyepi, kali ini saya ingin menyentuh tentang kecenderungan membeli dan memiliki perabot jati. Seingat saya, bila bertandang ke rumah orang waktu kecil dahulu, tak pernah tengok pun perabot jati. Tetapi sejak kebelakangan ini, sudah berlaku lambakan di pasaran. Semakin ramai pengusaha mengimport dari negara luar terutama Indonesia dan juga Thailand. Tidak kurang juga pengilang atau pengeluar tempatan.
Ada suatu ketika dulu, rakyat Malaysia sibuk mengusahakan tanaman pokok jati. Ini disebabkan permintaan yang semakin meningkat mendadak daripada pengguna. Bagi kita pengguna, kenapa suka sangat perabot jati ni?. Adakah hanya mengikut trend?.
Mengikut sejarahnya, kayu jati ni dah lama digunakan. Orang Cina yang mula menggunakannya untuk membuat kapal kerana mempunyai minyak semulajadi yang membuatkannya kalis air dan tahan untuk pelbagai cuaca. Minyak ini dengan sendirinya menjadi pelindung daripada mereput disebabkan kulat dan anai-anai. Bagi kapal-kapal yang sudah sampai usianya, orang tempatan di situ mengambil kayunya untuk dibuat perabot seperti katil, meja dan kerusi. Dan hingga hari ini kayu jati masih digunakan untuk membuat dek (lantai) kapal atau bot kerana tidak mudah licin atau reput akibat air laut.
Oleh itu kayu jati mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Keistimewaan ini yang sepatutnya anda jadikan alasan untuk memilikinya, dan menjadi panduan kepada anda dalam dekorasi rumah anda. Panduan beli perabot kayu. Perabot jati boleh dikatakan tidak memerlukan penjagaan untuk mengekalkan ciri-cirinya. Cukup dengan menggunakan minyak yang sesuai sekurang-kurangnya setahun sekali. Disebabkan ketahanannya, anda boleh menempatkannya di mana sahaja. Tidak perlu risau dengan dedahan cahaya matahari atau tempias hujan bila diletakkan berhampiran tingkap. Walhal sebenarnya, perabot jati sangat sesuai untuk kegunaan di luar rumah.

Related Posts
Subscribe to:
Posts (Atom)