Satu daripada peraturan asas dalam interior design ialah menentukan satu focal point (titik tumpuan) bagi mana-mana bilik atau ruang. Hanya satu titik tumpuan...bukannya dua atau tiga. Sebabnya?... untuk mengelakkan kekeliruan. Dan suatu bilik akan hilang ciri tarikan sekiranya focal point ini tidak diambil kira semasa menghias rumah. Tetapi, ramai yang tidak sedar tentang perkara asas ini.
Memiliki focal point bermaksud, mata akan secara automatik terarah ke tempat tersebut bila kita memasuki bilik itu buat kali pertama. Kemudian, barulah mata kita akan beralih ke sudut lain yang agak kurang daya tarikannya.
Suatu ruang akan kelihatan lebih menarik jika focal point yang dipilih benar-benar tampak jelas. Ini tidak bermakna anda harus mengenepikan hiasan pada sudut lain di dalam bilik anda. Yang penting, daya tarikannya tidak dapat menandingi focal point yang anda telah cuba jelmakan.
Yang mana satu?. Focal point utama selalunya ialah sesuatu yang berskala besar. Boleh jadi ia salah satu ciri arkitektur yang ada di rumah anda seperti dinding, tingkap, tangga dan gerbang. Atau mungkin ia salah satu daripada perabot atau peralatan yang ada seperti bookcase, display cabinet, dan televisyen. Dalam hal ini, focal point anda seharusnya sesuatu yang boleh mendatangkan minat orang lain untuk memandangnya.
Ramai yang memilih salah satu dinding sebagai focal point dengan cara menggunakan warna yang sedikit kontra dengan persekitarannya. Lukisan, artwork, cermin atau perabot yang ditempatkan pada dinding tersebut akan menambah lagi daya tumpuan padanya.
Alangkah bagus jika pemandangan indah di luar rumah dapat dinikmati bersama. Mana-mana tingkap yang membenarkan anda menikmati pemandangan semulajadi ini boleh dihias atau direka semula untuk dijadikan focal point.
Bookcase dan display cabinet juga salah satu pilihan focal point bagi seorang collector. Susun koleksi anda agar tampak lebih kreatif dan menarik. Anda boleh menggunakan cermin dan pencahayaan (lighting) untuk mendapatkan kesan yang lebih dramatik. Hias rumah dengan cermin.
Bagi ruang tamu berkonsep moden, media center yang dilengkapi televisyen bersaiz gergasi, mudah mendapat tumpuan. Berikan perhatian anda semasa merancang media center untuk rumah anda supaya ciri yang ada pada peralatan dan perabot yang digunakan seiring.
Kebiasaannya, bedding set dalam bilik tidur akan dijadikan focal point melalui tema warna dan tekstur. Penggunaan headboard mampu menyerlahkan lagi tema yang anda pilih. Posisi katil di bilik tidur.
Friday, December 31, 2010
Monday, December 27, 2010
Beli Rumah Kakitangan Kerajaan
Semasa berjalan-jalan di salah salah satu pusat membeli belah di bandar Kuantan, kami (aku sekeluarga) singgah di ruang legar. Di situ ada pameran hartanah. Memang kami ada rancangan nak beli rumah yang kedua. Cuma, tak tau bila akan tercapai. Mungkin dah sampai masanya. Di sini, aku cuba mencatat segala benda yang berkaitan dengan urusan pembelian rumah bermula dari hari pertama hinggalah hari terima kunci. Jadi catatan ini akan dikemas kini.
Contoh kiraan bagi rumah RM160k:
Jumlah tadi adalah yang standard mengikut skala. Berdasarkan dokumen masa beli rumah pertama dulu, masih terdapat caj-caj profesional lain yang kena bayar seperti:
Belum habis lagi, mana-mana peguam akan caj untuk disbursement merangkumi pelbagai seperti pendaftaran, carian maklumat dan out of pocket. Secara kasar lebih kurang RM500 lagi.
Memandangkan ada 2 jenis perjanjian, jadi didarab dengan 2
Lepas tu, duti setem untuk jumlah pinjaman. RM5 untuk setiap R1k = RM800. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.
Ada satu lagi duti setem iaitu untuk pindah milik hartanah atau MOT (memorandum of transfer). Tapi aku tak pasti bila kena bayar sebab duti ni dikenakan untuk rumah siap dan ada geran. Jadi, bila beli rumah dari pemaju, geran belum ada dan akan ambil masa beberapa tahun selepas tu. Macam mana pula bila pembelian menggunakan pinjaman kerajaan?... aku pun masih mencari kepastian. Tapi skalanya macam ni:
Kalau dikira, semua sekali dah jadi RM7,838. Betul la ejen tu kata kena stanby 5% daripada harga rumah.
Jadi, petang itu juga, kami pergi ke pejabat pemaju untuk berunding dengan lebih lanjut. Di sana, kami minta pengesahan harga yang ditawarkan. Kami minta pemaju tunjukkan pelan rumah, pelan taman dan maklumat kejiranan di situ. Akhir sekali, kami tanya bayaran yang perlu diselesaikan. Pemaju kali ini tak meminta sebarang bayaran pun, kos guaman untuk kedua-dua perjanjian akan ditanggung semuanya oleh pemaju. Jadi, harga jualan tadi dah termasuk kos guaman (pemaju dah markup la tu). Beza kan!..kali ni kami tak perlu cari sendiri walaupun rumah dah siap. Setelah berunding, kami telah bersetuju dengan pakej yang ditawarkan. Pemaju memberitahu, panel peguam akan minta kami datang semula bila draf dokumen parjanjian siap dalam 2-3 hari lagi.
26 Dis 2010
Hari kami berurusan dengan pemaju di tempat pameran tadi. Antara soalan yang kami tanya:- Ada tak jual rumah yang siap?. Kami memang cari rumah siap. Ejen jualan di situ beritahu masih ada beberapa unit rumah siap yang masih belum terjual.
- Di mana lokasi rumah?. Ejen tadi tunjuk beberapa lokasi rumah yang belum terjual.
- Spesifikasi rumah?. Teres setingkat, 4 bilik, 2 bilik air, fully tiling.
- Macam mana dengan CFO?. Sudah ada.
- Bila tarikh rumah siap dan CFO diperolehi?. Jun 2010.
- Harga jualan?. RM160k.
- Berapa harga semasa pelancaran dulu?. RM173k. Dia tunjuk brochure asal semasa pelancaran. Kenapa harga turun... pelik juga.
- Berapa luas tanah dan luas built-up area?. Dia tunjuk pelan rumah. Tanah 20 x 81, BA 20 x 45.
- Apa material binaan?. Sekali lagi dia tunjuk pelan rumah tadi. Kena baca sendiri
- Kalau kami setuju, apa urusan yang perlu dibuat?. Ejen tadi beritahu:
- Bayar RM1.00 dan boleh tengok rumah.
- Selepas tengok rumah, kalau setuju, bayar deposit RM1k.
- Untuk beli rumah siap, pembeli kena urus sendiri semua hal guaman (untuk S&P dan Loan Agreement).
28 Dis 2010
Pada jam 6.00 petang, kami masuk rumah yang dimaksudkan untuk melihat dengan lebih dekat. Secara umumnya, ia mengikut apa yang telah diberitahu semasa di tempat pameran. Kelihatan sekitar kawasan kejiranan telah penuh diduduki. Masalahnya, jalan masuk kena melalui lorong demi lorong kawasan perumahan tersebut, mungkin sebab rumah ni adalah yang paling hujung. Ejen kata, ada rancangan untuk buat jalan lain bila fasa baru siap. Sebelum beredar, ejen jualan memberi salinan dokumen dari pembeli sebelum ini sebagai contoh bagi urusan permohonan pinjaman dan penilai harta. Kami tanya, biasanya berapa kos untuk peguam?. Dia bagitau, secara kasarnya pembeli kena stanby 5% dari harga rumah untuk cover legal fees.29 Dis 2010
Aku surf internet cari maklumat berkenaan legal fees. Daripada situ, boleh dikatakan bahawa bayaran yang dikenakan adalah mengikut skala/formula yang telah ditetapkan. Antara peguam, mungkin terdapat sedikit perbezaan bila melibatkan disbursement atau kos-kos lain. Harus diingat terdapat 2 jenis perjanjian yang perlu dimeterai iaitu Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman. Skala yang ditetapkan oleh SRO (Solicitor's Remuneration Order 2005):- RM150k pertama = 1%
- RM151k - RM1juta = 0.7%
- RM1juta - RM3juta = 0.6%
- RM3juta - RM5juta = 0.5%
- RM5juta - RM7.5juta = 0.4%
Contoh kiraan bagi rumah RM160k:
RM150,000 x 1% = RM1,500
RM10,000 x 0.7% = RM70
Jumlah = RM1,500 + RM70.00 = RM1,570
Jumlah tadi adalah yang standard mengikut skala. Berdasarkan dokumen masa beli rumah pertama dulu, masih terdapat caj-caj profesional lain yang kena bayar seperti:
Deed of assignment 10% = RM157
Deklarasi Pekerjaan = RM50
Deklarasi Kebankrapan = RM50
Cukai Kerajaan = 5% daripada jumlah caj profesional
RM1,570 + RM157 + RM50 + RM50 + RM92 (5% cukai) = RM1,919
Belum habis lagi, mana-mana peguam akan caj untuk disbursement merangkumi pelbagai seperti pendaftaran, carian maklumat dan out of pocket. Secara kasar lebih kurang RM500 lagi.
RM1,919 + RM500 = RM2,419
Memandangkan ada 2 jenis perjanjian, jadi didarab dengan 2
RM2,419 x 2 = RM4,838
Lepas tu, duti setem untuk jumlah pinjaman. RM5 untuk setiap R1k = RM800. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.
RM4,838 + RM800 = RM5,638
Ada satu lagi duti setem iaitu untuk pindah milik hartanah atau MOT (memorandum of transfer). Tapi aku tak pasti bila kena bayar sebab duti ni dikenakan untuk rumah siap dan ada geran. Jadi, bila beli rumah dari pemaju, geran belum ada dan akan ambil masa beberapa tahun selepas tu. Macam mana pula bila pembelian menggunakan pinjaman kerajaan?... aku pun masih mencari kepastian. Tapi skalanya macam ni:
- RM100k yang pertama = 1% = RM1,000
- RM101k - RM500k = 2% = RM1,200
Kalau dikira, semua sekali dah jadi RM7,838. Betul la ejen tu kata kena stanby 5% daripada harga rumah.
4 Jan 2011
Semasa dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk minum petang, kami sempat recce sebuah taman perumahan yang baru siap dan beberapa buah rumah telah berpenghuni. Taman ni dekat dengan kuarters yang kami duduki sekarang. Berdekatan dengan airport dan terdapat 2 jalan akses. Kami terpandang beberapa unit rumah untuk dijual. Secara ringkas, spesifikasi teres setingkat 3 bilik 2 bilik air. Luas tanah 22 x 78 kaki. Harga... belum tahu. Jadi, kami ambil maklumat yang diperlukan untuk berhubung dan terus beredar.5 Jan 2011
Selepas berhubung melalui telefon, jam 11.00 pagi bersama wakil pemaju, aku tengok rumah yang satu lagi. Kalau nak dibanding dengan rumah yang sebelum ni, beza yang ketara cuma yang ini 3 bilik tidur, tiling hanya setakat ruang tamu, dapur dan bilik air. Luas tanah lebih 2 kaki, dan dah tentu lokasi dekat dengan tempat kerja. Harga masa launching 2 tahun lepas RM148k, sekarang pemaju nak jual RM151k, dan CFO baru dapat sebulan yang lepas.Jadi, petang itu juga, kami pergi ke pejabat pemaju untuk berunding dengan lebih lanjut. Di sana, kami minta pengesahan harga yang ditawarkan. Kami minta pemaju tunjukkan pelan rumah, pelan taman dan maklumat kejiranan di situ. Akhir sekali, kami tanya bayaran yang perlu diselesaikan. Pemaju kali ini tak meminta sebarang bayaran pun, kos guaman untuk kedua-dua perjanjian akan ditanggung semuanya oleh pemaju. Jadi, harga jualan tadi dah termasuk kos guaman (pemaju dah markup la tu). Beza kan!..kali ni kami tak perlu cari sendiri walaupun rumah dah siap. Setelah berunding, kami telah bersetuju dengan pakej yang ditawarkan. Pemaju memberitahu, panel peguam akan minta kami datang semula bila draf dokumen parjanjian siap dalam 2-3 hari lagi.
10 Jan 2011
Panel peguam telefon isteri aku untuk maklumkan kami kena datang pada 12 Jan 2011 untuk tandatangan perjanjian.12 Jan 2011
Kami pergi ke pejabat peguam untuk menandatangani SPA. Di situ kami minta penjelasan tentang beberapa perkara. Antaranya, kredibiliti pemaju, status tanah, hak pembeli sekiranya terdapat kecacatan binaan, caj kelewatan bayaran, MOT dan jumlah kos guaman.Saturday, December 18, 2010
Mengekalkan Ketenangan Bilik Tidur
Bukan ruang tamu sahaja yang perlu dihias, kamar atau bilik tidur tetap perlu dijaga dengan rapi walaupun tidak dapat dilihat oleh tetamu. Sesuai dengan fungsinya sebagai tempat merehatkan diri, hiasan, arrangement dan susun aturnya haruslah menenangkan fikiran. Berikut adalah beberapa tip berguna yang boleh dipraktikkan dalam menghias bilik tidur.
- Bahagikan bilik tidur anda kepada dua. Bahagian pertama untuk hal-hal peribadi seperti almari pakaian dan meja solek. Manakala bahagian kedua untuk tujuan hiburan dan santai. Jadikan katil sebagai sempadan.
- Jika bilik tidur anda sempit, pasangkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai. Jangan pilihcorak melintang. Sebaliknya gunakan corak menegak yang akan memberi aras tinggi pada siling. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.
- Jika anda suka membaca atau mengulang kaji pelajaran di bilik tidur, sediakan para atau rak (bookshelf) supaya peralatan tampak lebih kemas.
- Bagi bilik tidur yang kecil, elok gunakan kerusi dan meja yang boleh dilipat.
- Pastikan kawasan bawah tilam bebas udara supaya dapat membebaskan kelembapan selimut dan cadar.
- Letakkan tumbuhan hidup di dalam bilik tidur untuk menyokong eko pengudaraan.
- Senyuman dari wajah mereka yang disayangi dapat menambah impak keriangan. Gantung gambar yang terpilih untuk dijadikan focal point dinding bilik tidur anda. Focal point penting dalam dekorasi.
- Bangkitkan suasana tenang melalui keharuman lilin dan potpouri.
Friday, November 26, 2010
Tip Praktikal Membeli Set Meja Makan
Set meja makan (dining table) antara perabot yang mesti dimiliki oleh setiap pemilik rumah. Dalam sebuah rumah, ruang makan atau dining room pula adalah tempat di mana anda berbual seisi keluarga sambil menikmati hidangan. Setiap kali hidangan di atas meja sedia untuk dijamah, keselesaan ruang makan akan lebih membangkitkan selera anda sekeluarga. Bermacam jenis set meja makan yang dipamerkan di pasaran.
Untuk memilih satu yang terbaik untuk rumah anda, mungkin tidak semudah yang disangkakan. Sebagai seorang pembeli yang praktikal, cuba elakkan kesilapan yang sering berlaku ketika membeli set meja makan. Maksudnya, anda perlu tahu apa yang anda cari. Panduan beli perabot kayu. Terdapat faktor yang perlukan pertimbangan anda seperti saiz, stail dan kualiti.

Saiz
Fikirkan luas ruang di rumah anda ketika membeli set meja makan. Meja makan yang kecil untuk ruang yang agak terhad, dan begitu juga sebaliknya. Dengan saiz yang dipilih, ketika menjamu selera bersama, anda sekeluarga sepatutnya masih mempunyai ruang untuk bergerak dengan mudah. Selain itu, carilah set meja yang cukup untuk menampung bilangan ahli keluarga atau penghuni rumah anda, di samping yang dapat memberi keselesaan kepada anda.Stail
Bila berkata tentang stail, ianya penting supaya seiring dengan tema dan rekabentuk rumah anda. Kesemua elemen di ruang tersebut seharusnya seimbang. Jika rekabentuk dan temanya tradisional, pilihlah stail meja biasa atau klasik. Manakala bagi konsep yang lebih moden, pilihlah stail yang terkini. Apabila anda ingin menggantikan set meja makan yang ada, cuba cari padanan stail dan warna dengan mana-mana perabot lain di ruang tersebut.Kualiti
Kualiti sangat penting dalam memilih set meja makan. Walaupun anda terpaksa berbelanja besar ketika membelinya, ia lebih menguntungkan apabila perabot tersebut dapat digunakan untuk tempoh yang lama. Apa gunanya terpikat dengan harga murah sedangkan meja makan anda hanya akan mampu bertahan untuk beberapa bulan. Tidak perlu merasa rugi kerana ia satu pelaburan yang bijak.Related Posts
Monday, November 15, 2010
3 Warna Terbaik Untuk Rumah Anda
Di dalam rumah, warna yang digunakan boleh mempengaruhi dan memberi kesan terhadap perasaan, persepsi, dan mood seseorang. Psikologi warna dalam hiasan dalaman. Terdapat warna yang hanya sesuai untuk ruang atau bilik tertentu, dan ia sangat penting untuk anda ketahui sebelum memutuskan warna yang ingin digunakan. Dengan tip ini, anda akan memilih warna yang sesuai untuk setiap bilik di rumah anda.
Ruang Tamu
Hijau adalah warna yang cukup sesuai untuk ruang tamu yang lazimnya menjadi ruang yang pertama ditemui ketika memasuki rumah. Ruang tamu juga menjadi lokasi anda melayan tetamu dan rakan-rakan yang bertandang. Di sinilah kegunaan warna hijau yang melambangkan ketenteraman dan rasa sentosa. Namun begitu, usahalah sedikit untuk mewujudkan keharmonian tema kehijauan bagi persekitaran ruang tamu anda agar lebih positif dan mengujakan.Bilik Tidur
Ungu atau lavender paling sesuai untuk bilik tidur memandangkan warna ini sangat menenangkan. Sudah tentu bilik tidur merupakan tempat yang sepatutnya untuk anda memperoleh rehat yang cukup dan tidur yang lena. Warna ungu akan memberikan rasa selesa dan ketenangan yang anda perlukan.Dapur & Ruang Makan
Jingga atau warna oren pula amat serasi dengan ruang makan anda. Ruang di mana anda sekeluarga berinteraksi dan menjamu sarapan pagi hinggalah makan malam. Warna oren akan membangkitkan selera dan membantu penghadaman ketika anda menikmati hidangan setiap hari.Tuesday, November 9, 2010
Asas Memilih Perabot Ruang Tamu
Lebih daripada satu tempat berehat dan untuk berekreasi di rumah, ruang tamu selalunya menjadi simbol citarasa peribadi pemilik rumah. Ruang tamu sering diberi perhatian dalam hal dekorasi memandangkan fungsinya yang pelbagai. Untuk memenuhi kegunaan ruang yang menjadi tumpuan seisi keluarga dan tetamu ini, bermacam jenis aksesori (perabot dan peralatan) digunakan untuk tampil lebih bergaya dan memuaskan hati pemilik rumah.
Namun, memilih aksesori bagi ruang tamu anda bukanlah suatu yang membuatkan anda mudah untuk berputus asa. Jika diperhatikan, ruang tamu anda mempunyai beberapa aspek rekabentuk yang asas, dan di sini adalah panduan memilih aksesori bagi setiap aspek tersebut.
Setelah aspek asas tadi dipenuhi, barulah anda memikirkan aksesori tambahan lain seperti lampu, pasu bunga, tanaman, hamparan, akuarium dan lain-lain untuk lebih lebih bergaya dengan tema yang dipilih.

- Kerusi dan sofa. Pemilihannya merupakan elemen yang paling sukar memandangkan anda inginkan suatu tempat berehat menghilangkan penat bekerja selain menjanjikan keselesaan terutama kepada tetamu anda. Anda perlu memutuskan berapa luas yang dikhususkan untuk ruang tempat duduk. Kemungkinan anda memerlukan sudut bersembang yang berasingan. Di samping itu, jumlah penghuni yang tinggal di rumah anda juga harus di ambil kira. Bagaimana pula tetamu yang kerap bertandang?. Berikut beberapa kategori aksesori yang boleh difikirkan.
- Sofa - Termasuk juga cushion chair, sememangnya aksesori asas ruang tamu untuk membaca, menonton TV, dan melayan tetamu.
- Recliner - Kerusi baring untuk merehatkan diri atau melelapkan mata sebentar.
- Ottoman - Sejenis tempat duduk tanpa sandar yang selalu digunakan untuk meletak kaki.
- Meja. Meja yang anda gunakan akan mendatangkan kesan terhadap penampilan ruang tamu anda. Oleh itu, selain fungsinya yang anda harapkan, pelbagai rekabentuk meja ditawarkan yang dapat menepati tema dan citarasa anda. Panduan beli perabot kayu. Biasanya, jenis meja yang boleh anda tempatkan di ruang tamu, seperti;
- Meja kopi (coffee table) - Yang paling banyak fungsinya seperti untuk meletak majalah, atau hidangan ringkas.
- Meja sisi (side table) - Untuk diletak di antara sofa. Biasa digunakan untuk meletak lampu, gambar dan aksesori hiasan lain.
- Peralatan Media (Media center). Anda suka menonton DVD?, sukakan permainan video?, atau suka mendengar muzik?. Jadi, memilih peralatan media untuk hiburan sangat bergantung kepada citarasa anda. Apa yang penting adalah menyesuaikannya dengan pemilihan perabot atau kabinet yang khusus agar sentiasa nampak terurus dan tersusun rapi.
Setelah aspek asas tadi dipenuhi, barulah anda memikirkan aksesori tambahan lain seperti lampu, pasu bunga, tanaman, hamparan, akuarium dan lain-lain untuk lebih lebih bergaya dengan tema yang dipilih.
Related Posts
Thursday, November 4, 2010
Tip Menjadikan Ruang Rumah Kelihatan Lebih Besar
Bila menghias rumah, alangkah baiknya kita menggunakan segenap ruang yang ada. Jika anda mempunyai ruang yang luas, pastinya kerja-kerja hiasan tampak lebih mudah. Namun bagi ruang yang terhad, ia mungkin mendatangkan kesukaran. Jangan buntu. Dengan sedikit kreativiti yang ada, anda boleh atasi masalah ini dan hiaslah rumah anda dengan lebih bergaya. Warna yang anda gunakan banyak memainkan peranan dalam melahirkan impak terhadap saiz ruang yang anda miliki.
Jika anda menggunakan warna 'gelap', ruang atau bilik anda akan kelihatan lebih kecil. Begitu juga sebaliknya, penggunaan warna 'cerah' (seperti putih, krim, hijau muda dan biru langit), akan membuka pandangan anda dan menampakkan ruang yang lebih luas. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.
Anda juga boleh menggunakan cermin. Lebih banyak cermin di dalam bilik anda, lebih banyak cahaya yang dipantulkan dan ini akan memberi kesan terhadap saiz ruang yang. Bilik anda akan kelihatan lebih besar. Hias rumah dengan cermin.
Bila sudah mula menghias rumah anda, lakukannya terhadap semua ruang dan tempat yang ada. Jangan ada yang terlepas pandang. Dalam setiap bilik anda, cuba hadkan 1-3 item yang sama, hindarkan kesesakan yang anda. Contohnya, item seperti gambar, patung permainan, majalah/buku (tidak mengapa jika disusun di rak), pasu hiasan, tanaman hidup, perlu dikurangkan jumlahnya.
Gunakan lantai rumah anda hanya untuk meletak perabot dan jenis hamparan sahaja. Bagi barang bukan perabot, kutip dan simpan atau letak di tempat yang lebih sesuai. Letakkan barang lain seperti peti telivisyen, pasu bunga di atas perabot yang ada.
Bila bercakap tentang perabot, sentiasa fikirkan ruang yang ada di rumah anda. Jika berkesempatan, sebelum membeli, ukur dahulu keluasan ruang untuk menempatkan perabot baru anda. Tidak salah kalau kita membawa pita pengukur ke kedai perabot untuk menentukan kesesuaian saiz perabot yang hendak dibeli. Bagi perabot bersaiz besar, rapatkannya ke dinding. Biarkan ruang terbuka luas. Manakala bagi perabot bersaiz kecil, anda boleh letakkannya di mana-mana. Yang penting elakkannya dari mengganggu pergerakan anda.
Selain itu, pemilihaan perabot yang pelbagai guna adalah langkah bijak. Contohnya, jika anda mempunyai tempat simpanan di bawah meja dan katil di bilik tidur anda, bukan ke lebih baik. Panduan beli perabot kayu.

Sunday, October 24, 2010
6 Tip Mengatasi Kesesakan Ruang Tamu
Ruang tamu adalah ruang utama bagi sebuah rumah untuk keluarga berkumpul, berhibur dan berehat selain di mana kita mengadakan majlis keramaian. Oleh itu ruang tamu haruslah dihias bagi mewujudkan suasana tenang.
Dengan sedikit sentuhan juga, hiasan tadi mampu mengubah penampilan ruang tersebut secara drastik. Masalah yang selalu timbul ialah menghias ruang tamu yang agak sempit.
Bagi keluasan yang terhad, masalah utamanya ialah susun atur perabot yang digunakan di situ seperti kerusi, meja, almari, televisyen dan lampu. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar. Penggunaan perabot tersebut untuk ruang yang sempit hanya mendatangkan pemandangan yang sesak sekiranya susun aturnya tidak diberi perhatian. Berikut 6 cara mengatasi kesesakan yang berlaku agar ruang tamu anda lebih menarik dan menenangkan.

- Memilih warna cat dengan betul. Idea menghias ruang tamu yang kecil seharusnya bermula dengan pemilihan warna cat bagi dinding dan siling. Anda digalakkan menggunakan warna 'cool' yang lebih berkesan untuk membangkitkan kelembutan dan ketenangan, dan warna siling yang dipilih perlu lebih cerah berbanding warna dinding. Ini akan membuatkan ruang tamu anda luas.Namun pemilihan warna tadi sebaiknya dari satu keluarga warna (family color). Anda juga boleh menggunakan kombinasi cat matte dan glossy untuk nampak lebih cantik. Gunakan cat glossy sebagai trimming di bahagian tingkap dan pintu. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.
- Mengatur lampu hiasan dan cermin. Untuk menampakkan lagi keluasan ruang tamu, gunakan beberapa jenis lampu bersama cermin muka di bahagian dinding. Sebuah cermin besar dengan pencahayaan penuh atau cermin-cermin kecil yang ditempat strategik, akan mengubah pemandangan ruang tamu anda. Hias rumah dengan cermin.
- Menyusun perabot. Menyusun perabot di ruang tamu yang kecil sememangnya mencabar. Tambahan pula, ruang tersebut mempunyai pelbagai kegunaan dan kemudahan untuk pemilik rumah. Dengan itu, cuba susunan perabot yang di luar kebiasaan sebuah ruang tamu. Yang penting fungsi ruang tamu anda masih dikekalkan.
- Memilih tema dekorasi. Pilih tema hiasan anda berpandukan warna, stail dan bentuk (pattern) yang anda suka. Gunakan beberapa perabot bersaiz kecil dalam dekorasi anda, di samping seunit/set perabot besar seperti sofa sebagai titik tengah ruang tamu anda. Anda juga boleh menambah hiasan dengan beberapa gambar yang paling disukai sahaja.
- Memilih barang perhiasan dan perabot. Terlalu banyak item yang bersaiz kecil hanya membuatkan ruang tamu anda kelihatan sesak. Jadi, gunakan yang hanya perlu sahaja. Contohnya, lebih baik menggunakan hanya beberapa perabot besar bagi menggantikan sejumlah perabot kecil yang ada di situ. Panduan beli perabot kayu. Atau, gantikan beberapa gambar berbingkai yang digunakan dengan satu gambar berbingkai yang besar.
- Menggantung langsir. Menggantung langsir dari siling hingga ke lantai adalah satu idea dekorasi yang baik untuk ruang yang sempit. Gantung langsir sedemikian di tingkap ruang tamu anda untuk menampakkan ketinggian siling, dan gunakan langsir daripada fabrik lembut untuk penampilan yang lebih formal dan klasik.
Sunday, October 17, 2010
Menghias Dapur Rumah Yang Sempit
Ruang dapur adalah antara ruang utama sebuah rumah yang sering digunakan. Jika dahulu, aktiviti di dapur hanya terhad untuk memasak, namun dengan pelbagai rekaan dan konsep ruang masa kini, dapur semakin diberi tumpuan bagi menarik perhatian terutama tetamu yang bertandang. Jangan risau jika saiz ruang dapur anda agak terhad. Dengan mengikuti beberapa tip berikut, ruang yang kelihatan sempit tadi mampu memberi keselesaan ketika memasak...bahkan mampu mencuri perhatian.
- Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak-anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima.
- Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra. Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.
- Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan.
- Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding. Panduan beli perabot kayu.
- Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya anda menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang. Tip memasang langsir dapur.
- Rancang pemasangan kabinet lekap (fixed cabinet) dengan teliti mengikut kesesuaian ruang. Gunakan kabinet di bahagian atas dinding untuk menyimpan segala peralatan dapur dan bina sekali ruang untuk menempatkan alatan elektrik seperti ketuhar. Jangan lupa peti sejuk satu kemestian bagi sebuah dapur. Sedia/tinggalkan ruang untuk alatan tersebut semasa memasang kabinet. Lebih bagus jika mempunyai ruang khusus untuk meletakkan tong sampah.
- Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah alatan elektrik di dapur.
- Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk, periuk belanga, dan lain-lain di tempatnya sejurus selepas dibasuh.
Tuesday, October 12, 2010
Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Malay | English version
Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.
BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.
KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.
HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.
MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.
UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.
MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.
JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.
COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.
HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.
PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.
KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.

Sunday, October 10, 2010
Panduan Penting Untuk Pembeli Rumah
Keputusan membeli rumah dianggap langkah besar atau kritikal dalam hidup seseorang. Selain kenderaan, rumah menjadi pelaburan terbesar yang dilakukan oleh mana-mana individu yang merasakan masanya sudah tiba untuk memiliki rumah sendiri. Selain faktor kemampuan kewangan, pembeli rumah perlu mengambil masa lama untuk meneliti pelbagai aspek. Lazimnya nilai hartanah, lokasi, jenis rumah, kemudahan dan persekitaran projek perumahan perlu menepati cita rasa pembeli.
Dalam hal ini, bagi mengelakkan kerugian akibat tersalah langkah atau kurang prihatin, terdapat beberapa aspek penting bagi pembeli rumah.
seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.
Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada
pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk
nombor lesen, permit dan sebagainya.
Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.
maklumat berikut:
1. Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.
Dalam hal ini, bagi mengelakkan kerugian akibat tersalah langkah atau kurang prihatin, terdapat beberapa aspek penting bagi pembeli rumah.
#1 Aspek Penting Pemaju
Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:- Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa.
- Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa.
#2 Kenal Pasti Jenis Rumah
Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.
Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada
pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk
nombor lesen, permit dan sebagainya.
#3 Status Tanah
Pastikan status tanah sama ada:- Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
- Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
- Rizab Melayu.
Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.
#4 Maklumat Brosur
Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyaimaklumat berikut:
- Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku.
- Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku
- Nama dan alamat:
- Pemaju perumahan berlesen.
- Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada).
- Pemegang surat kuasa wakil (jika ada).
- Syarikat pengurusan projek (jika ada).
- Status tanah:
- Bebas.
- Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan.
- Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
- Dekripsi kedudukan:
- Spesifikasi bahan binaan rumah.
- Luas bangunan.
- Kemudahan/perkhidmatan.
- Nama projek perumahan (jika ada).
- Tarikh projek perumahan dijangka siap.
- Harga jualan setiap jenis rumah.
- Bilangan unit setiap jenis yang ada, dan
- Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan
nombor rujukannya.
#5 Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah
Pembeli perlu memahami isi SPJB rumah seperti mana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.#6 Bayaran Pertama
Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama. Untuk makluman, pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu SPJB.#7 Perakuan Arkitek
Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.#8 Faedah Yang Dikenakan
Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.#9 Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli
Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.#10 Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur
Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi). Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:- Bagi tanah dan bangunan. Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.
- Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi. Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.
#11 Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:- Bagi tanah dan bangunan. Seperti perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan. Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan. Pembeli hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.
- Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi. Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil. Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu. Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985. Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju. Ingatan!...Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.
#12 Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja, pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan. Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.#13 Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.#14 Tempoh Pemilikan Kosong
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).#15 Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong. Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:1. Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
- Bangunan tersebut telah siap.
- Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
- Pengeluaran CFO (Certificate of Fitness for Occupation) melalui Borang E (Borang permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO).
- PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT.
Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.
#16 Bayaran Gantirugi
Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam SPJB, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.#17 Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.#18 Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
Subscribe to:
Posts (Atom)