Satu daripada peraturan asas dalam interior design ialah menentukan satu focal point (titik tumpuan) bagi mana-mana bilik atau ruang. Hanya satu titik tumpuan...bukannya dua atau tiga. Sebabnya?... untuk mengelakkan kekeliruan. Dan suatu bilik akan hilang ciri tarikan sekiranya focal point ini tidak diambil kira semasa menghias rumah. Tetapi, ramai yang tidak sedar tentang perkara asas ini.
Memiliki focal point bermaksud, mata akan secara automatik terarah ke tempat tersebut bila kita memasuki bilik itu buat kali pertama. Kemudian, barulah mata kita akan beralih ke sudut lain yang agak kurang daya tarikannya.
Suatu ruang akan kelihatan lebih menarik jika focal point yang dipilih benar-benar tampak jelas. Ini tidak bermakna anda harus mengenepikan hiasan pada sudut lain di dalam bilik anda. Yang penting, daya tarikannya tidak dapat menandingi focal point yang anda telah cuba jelmakan.
Yang mana satu?. Focal point utama selalunya ialah sesuatu yang berskala besar. Boleh jadi ia salah satu ciri arkitektur yang ada di rumah anda seperti dinding, tingkap, tangga dan gerbang. Atau mungkin ia salah satu daripada perabot atau peralatan yang ada seperti bookcase, display cabinet, dan televisyen. Dalam hal ini, focal point anda seharusnya sesuatu yang boleh mendatangkan minat orang lain untuk memandangnya.
Ramai yang memilih salah satu dinding sebagai focal point dengan cara menggunakan warna yang sedikit kontra dengan persekitarannya. Lukisan, artwork, cermin atau perabot yang ditempatkan pada dinding tersebut akan menambah lagi daya tumpuan padanya.
Alangkah bagus jika pemandangan indah di luar rumah dapat dinikmati bersama. Mana-mana tingkap yang membenarkan anda menikmati pemandangan semulajadi ini boleh dihias atau direka semula untuk dijadikan focal point.
Bookcase dan display cabinet juga salah satu pilihan focal point bagi seorang collector. Susun koleksi anda agar tampak lebih kreatif dan menarik. Anda boleh menggunakan cermin dan pencahayaan (lighting) untuk mendapatkan kesan yang lebih dramatik. Hias rumah dengan cermin.
Bagi ruang tamu berkonsep moden, media center yang dilengkapi televisyen bersaiz gergasi, mudah mendapat tumpuan. Berikan perhatian anda semasa merancang media center untuk rumah anda supaya ciri yang ada pada peralatan dan perabot yang digunakan seiring.
Kebiasaannya, bedding set dalam bilik tidur akan dijadikan focal point melalui tema warna dan tekstur. Penggunaan headboard mampu menyerlahkan lagi tema yang anda pilih. Posisi katil di bilik tidur.

No comments:
Post a Comment