Satu daripada peraturan asas dalam interior design ialah menentukan satu focal point (titik tumpuan) bagi mana-mana bilik atau ruang. Hanya satu titik tumpuan...bukannya dua atau tiga. Sebabnya?... untuk mengelakkan kekeliruan. Dan suatu bilik akan hilang ciri tarikan sekiranya focal point ini tidak diambil kira semasa menghias rumah. Tetapi, ramai yang tidak sedar tentang perkara asas ini.
Memiliki focal point bermaksud, mata akan secara automatik terarah ke tempat tersebut bila kita memasuki bilik itu buat kali pertama. Kemudian, barulah mata kita akan beralih ke sudut lain yang agak kurang daya tarikannya.
Suatu ruang akan kelihatan lebih menarik jika focal point yang dipilih benar-benar tampak jelas. Ini tidak bermakna anda harus mengenepikan hiasan pada sudut lain di dalam bilik anda. Yang penting, daya tarikannya tidak dapat menandingi focal point yang anda telah cuba jelmakan.
Yang mana satu?. Focal point utama selalunya ialah sesuatu yang berskala besar. Boleh jadi ia salah satu ciri arkitektur yang ada di rumah anda seperti dinding, tingkap, tangga dan gerbang. Atau mungkin ia salah satu daripada perabot atau peralatan yang ada seperti bookcase, display cabinet, dan televisyen. Dalam hal ini, focal point anda seharusnya sesuatu yang boleh mendatangkan minat orang lain untuk memandangnya.
Ramai yang memilih salah satu dinding sebagai focal point dengan cara menggunakan warna yang sedikit kontra dengan persekitarannya. Lukisan, artwork, cermin atau perabot yang ditempatkan pada dinding tersebut akan menambah lagi daya tumpuan padanya.
Alangkah bagus jika pemandangan indah di luar rumah dapat dinikmati bersama. Mana-mana tingkap yang membenarkan anda menikmati pemandangan semulajadi ini boleh dihias atau direka semula untuk dijadikan focal point.
Bookcase dan display cabinet juga salah satu pilihan focal point bagi seorang collector. Susun koleksi anda agar tampak lebih kreatif dan menarik. Anda boleh menggunakan cermin dan pencahayaan (lighting) untuk mendapatkan kesan yang lebih dramatik. Hias rumah dengan cermin.
Bagi ruang tamu berkonsep moden, media center yang dilengkapi televisyen bersaiz gergasi, mudah mendapat tumpuan. Berikan perhatian anda semasa merancang media center untuk rumah anda supaya ciri yang ada pada peralatan dan perabot yang digunakan seiring.
Kebiasaannya, bedding set dalam bilik tidur akan dijadikan focal point melalui tema warna dan tekstur. Penggunaan headboard mampu menyerlahkan lagi tema yang anda pilih. Posisi katil di bilik tidur.
Friday, December 31, 2010
Monday, December 27, 2010
Beli Rumah Kakitangan Kerajaan
Semasa berjalan-jalan di salah salah satu pusat membeli belah di bandar Kuantan, kami (aku sekeluarga) singgah di ruang legar. Di situ ada pameran hartanah. Memang kami ada rancangan nak beli rumah yang kedua. Cuma, tak tau bila akan tercapai. Mungkin dah sampai masanya. Di sini, aku cuba mencatat segala benda yang berkaitan dengan urusan pembelian rumah bermula dari hari pertama hinggalah hari terima kunci. Jadi catatan ini akan dikemas kini.
Contoh kiraan bagi rumah RM160k:
Jumlah tadi adalah yang standard mengikut skala. Berdasarkan dokumen masa beli rumah pertama dulu, masih terdapat caj-caj profesional lain yang kena bayar seperti:
Belum habis lagi, mana-mana peguam akan caj untuk disbursement merangkumi pelbagai seperti pendaftaran, carian maklumat dan out of pocket. Secara kasar lebih kurang RM500 lagi.
Memandangkan ada 2 jenis perjanjian, jadi didarab dengan 2
Lepas tu, duti setem untuk jumlah pinjaman. RM5 untuk setiap R1k = RM800. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.
Ada satu lagi duti setem iaitu untuk pindah milik hartanah atau MOT (memorandum of transfer). Tapi aku tak pasti bila kena bayar sebab duti ni dikenakan untuk rumah siap dan ada geran. Jadi, bila beli rumah dari pemaju, geran belum ada dan akan ambil masa beberapa tahun selepas tu. Macam mana pula bila pembelian menggunakan pinjaman kerajaan?... aku pun masih mencari kepastian. Tapi skalanya macam ni:
Kalau dikira, semua sekali dah jadi RM7,838. Betul la ejen tu kata kena stanby 5% daripada harga rumah.
Jadi, petang itu juga, kami pergi ke pejabat pemaju untuk berunding dengan lebih lanjut. Di sana, kami minta pengesahan harga yang ditawarkan. Kami minta pemaju tunjukkan pelan rumah, pelan taman dan maklumat kejiranan di situ. Akhir sekali, kami tanya bayaran yang perlu diselesaikan. Pemaju kali ini tak meminta sebarang bayaran pun, kos guaman untuk kedua-dua perjanjian akan ditanggung semuanya oleh pemaju. Jadi, harga jualan tadi dah termasuk kos guaman (pemaju dah markup la tu). Beza kan!..kali ni kami tak perlu cari sendiri walaupun rumah dah siap. Setelah berunding, kami telah bersetuju dengan pakej yang ditawarkan. Pemaju memberitahu, panel peguam akan minta kami datang semula bila draf dokumen parjanjian siap dalam 2-3 hari lagi.
26 Dis 2010
Hari kami berurusan dengan pemaju di tempat pameran tadi. Antara soalan yang kami tanya:- Ada tak jual rumah yang siap?. Kami memang cari rumah siap. Ejen jualan di situ beritahu masih ada beberapa unit rumah siap yang masih belum terjual.
- Di mana lokasi rumah?. Ejen tadi tunjuk beberapa lokasi rumah yang belum terjual.
- Spesifikasi rumah?. Teres setingkat, 4 bilik, 2 bilik air, fully tiling.
- Macam mana dengan CFO?. Sudah ada.
- Bila tarikh rumah siap dan CFO diperolehi?. Jun 2010.
- Harga jualan?. RM160k.
- Berapa harga semasa pelancaran dulu?. RM173k. Dia tunjuk brochure asal semasa pelancaran. Kenapa harga turun... pelik juga.
- Berapa luas tanah dan luas built-up area?. Dia tunjuk pelan rumah. Tanah 20 x 81, BA 20 x 45.
- Apa material binaan?. Sekali lagi dia tunjuk pelan rumah tadi. Kena baca sendiri
- Kalau kami setuju, apa urusan yang perlu dibuat?. Ejen tadi beritahu:
- Bayar RM1.00 dan boleh tengok rumah.
- Selepas tengok rumah, kalau setuju, bayar deposit RM1k.
- Untuk beli rumah siap, pembeli kena urus sendiri semua hal guaman (untuk S&P dan Loan Agreement).
28 Dis 2010
Pada jam 6.00 petang, kami masuk rumah yang dimaksudkan untuk melihat dengan lebih dekat. Secara umumnya, ia mengikut apa yang telah diberitahu semasa di tempat pameran. Kelihatan sekitar kawasan kejiranan telah penuh diduduki. Masalahnya, jalan masuk kena melalui lorong demi lorong kawasan perumahan tersebut, mungkin sebab rumah ni adalah yang paling hujung. Ejen kata, ada rancangan untuk buat jalan lain bila fasa baru siap. Sebelum beredar, ejen jualan memberi salinan dokumen dari pembeli sebelum ini sebagai contoh bagi urusan permohonan pinjaman dan penilai harta. Kami tanya, biasanya berapa kos untuk peguam?. Dia bagitau, secara kasarnya pembeli kena stanby 5% dari harga rumah untuk cover legal fees.29 Dis 2010
Aku surf internet cari maklumat berkenaan legal fees. Daripada situ, boleh dikatakan bahawa bayaran yang dikenakan adalah mengikut skala/formula yang telah ditetapkan. Antara peguam, mungkin terdapat sedikit perbezaan bila melibatkan disbursement atau kos-kos lain. Harus diingat terdapat 2 jenis perjanjian yang perlu dimeterai iaitu Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman. Skala yang ditetapkan oleh SRO (Solicitor's Remuneration Order 2005):- RM150k pertama = 1%
- RM151k - RM1juta = 0.7%
- RM1juta - RM3juta = 0.6%
- RM3juta - RM5juta = 0.5%
- RM5juta - RM7.5juta = 0.4%
Contoh kiraan bagi rumah RM160k:
RM150,000 x 1% = RM1,500
RM10,000 x 0.7% = RM70
Jumlah = RM1,500 + RM70.00 = RM1,570
Jumlah tadi adalah yang standard mengikut skala. Berdasarkan dokumen masa beli rumah pertama dulu, masih terdapat caj-caj profesional lain yang kena bayar seperti:
Deed of assignment 10% = RM157
Deklarasi Pekerjaan = RM50
Deklarasi Kebankrapan = RM50
Cukai Kerajaan = 5% daripada jumlah caj profesional
RM1,570 + RM157 + RM50 + RM50 + RM92 (5% cukai) = RM1,919
Belum habis lagi, mana-mana peguam akan caj untuk disbursement merangkumi pelbagai seperti pendaftaran, carian maklumat dan out of pocket. Secara kasar lebih kurang RM500 lagi.
RM1,919 + RM500 = RM2,419
Memandangkan ada 2 jenis perjanjian, jadi didarab dengan 2
RM2,419 x 2 = RM4,838
Lepas tu, duti setem untuk jumlah pinjaman. RM5 untuk setiap R1k = RM800. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.
RM4,838 + RM800 = RM5,638
Ada satu lagi duti setem iaitu untuk pindah milik hartanah atau MOT (memorandum of transfer). Tapi aku tak pasti bila kena bayar sebab duti ni dikenakan untuk rumah siap dan ada geran. Jadi, bila beli rumah dari pemaju, geran belum ada dan akan ambil masa beberapa tahun selepas tu. Macam mana pula bila pembelian menggunakan pinjaman kerajaan?... aku pun masih mencari kepastian. Tapi skalanya macam ni:
- RM100k yang pertama = 1% = RM1,000
- RM101k - RM500k = 2% = RM1,200
Kalau dikira, semua sekali dah jadi RM7,838. Betul la ejen tu kata kena stanby 5% daripada harga rumah.
4 Jan 2011
Semasa dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk minum petang, kami sempat recce sebuah taman perumahan yang baru siap dan beberapa buah rumah telah berpenghuni. Taman ni dekat dengan kuarters yang kami duduki sekarang. Berdekatan dengan airport dan terdapat 2 jalan akses. Kami terpandang beberapa unit rumah untuk dijual. Secara ringkas, spesifikasi teres setingkat 3 bilik 2 bilik air. Luas tanah 22 x 78 kaki. Harga... belum tahu. Jadi, kami ambil maklumat yang diperlukan untuk berhubung dan terus beredar.5 Jan 2011
Selepas berhubung melalui telefon, jam 11.00 pagi bersama wakil pemaju, aku tengok rumah yang satu lagi. Kalau nak dibanding dengan rumah yang sebelum ni, beza yang ketara cuma yang ini 3 bilik tidur, tiling hanya setakat ruang tamu, dapur dan bilik air. Luas tanah lebih 2 kaki, dan dah tentu lokasi dekat dengan tempat kerja. Harga masa launching 2 tahun lepas RM148k, sekarang pemaju nak jual RM151k, dan CFO baru dapat sebulan yang lepas.Jadi, petang itu juga, kami pergi ke pejabat pemaju untuk berunding dengan lebih lanjut. Di sana, kami minta pengesahan harga yang ditawarkan. Kami minta pemaju tunjukkan pelan rumah, pelan taman dan maklumat kejiranan di situ. Akhir sekali, kami tanya bayaran yang perlu diselesaikan. Pemaju kali ini tak meminta sebarang bayaran pun, kos guaman untuk kedua-dua perjanjian akan ditanggung semuanya oleh pemaju. Jadi, harga jualan tadi dah termasuk kos guaman (pemaju dah markup la tu). Beza kan!..kali ni kami tak perlu cari sendiri walaupun rumah dah siap. Setelah berunding, kami telah bersetuju dengan pakej yang ditawarkan. Pemaju memberitahu, panel peguam akan minta kami datang semula bila draf dokumen parjanjian siap dalam 2-3 hari lagi.
10 Jan 2011
Panel peguam telefon isteri aku untuk maklumkan kami kena datang pada 12 Jan 2011 untuk tandatangan perjanjian.12 Jan 2011
Kami pergi ke pejabat peguam untuk menandatangani SPA. Di situ kami minta penjelasan tentang beberapa perkara. Antaranya, kredibiliti pemaju, status tanah, hak pembeli sekiranya terdapat kecacatan binaan, caj kelewatan bayaran, MOT dan jumlah kos guaman.Saturday, December 18, 2010
Mengekalkan Ketenangan Bilik Tidur
Bukan ruang tamu sahaja yang perlu dihias, kamar atau bilik tidur tetap perlu dijaga dengan rapi walaupun tidak dapat dilihat oleh tetamu. Sesuai dengan fungsinya sebagai tempat merehatkan diri, hiasan, arrangement dan susun aturnya haruslah menenangkan fikiran. Berikut adalah beberapa tip berguna yang boleh dipraktikkan dalam menghias bilik tidur.
- Bahagikan bilik tidur anda kepada dua. Bahagian pertama untuk hal-hal peribadi seperti almari pakaian dan meja solek. Manakala bahagian kedua untuk tujuan hiburan dan santai. Jadikan katil sebagai sempadan.
- Jika bilik tidur anda sempit, pasangkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai. Jangan pilihcorak melintang. Sebaliknya gunakan corak menegak yang akan memberi aras tinggi pada siling. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.
- Jika anda suka membaca atau mengulang kaji pelajaran di bilik tidur, sediakan para atau rak (bookshelf) supaya peralatan tampak lebih kemas.
- Bagi bilik tidur yang kecil, elok gunakan kerusi dan meja yang boleh dilipat.
- Pastikan kawasan bawah tilam bebas udara supaya dapat membebaskan kelembapan selimut dan cadar.
- Letakkan tumbuhan hidup di dalam bilik tidur untuk menyokong eko pengudaraan.
- Senyuman dari wajah mereka yang disayangi dapat menambah impak keriangan. Gantung gambar yang terpilih untuk dijadikan focal point dinding bilik tidur anda. Focal point penting dalam dekorasi.
- Bangkitkan suasana tenang melalui keharuman lilin dan potpouri.
Subscribe to:
Posts (Atom)


