Tuesday, January 11, 2011

Bayaran Guaman Jual Beli Rumah

Malay | English version

Legal fees buying house
Bayaran guaman untuk jual beli hartanah daripada individu/lelong awam/pemaju adalah mengikut skala yang ditetapkan oleh SRO (Solicitor's Remuneration Order 2005). Namun kemungkinan terdapat sedikit perbezaan bila melibatkan disbursement atau caj-caj lain. Harus diingat terdapat 2 jenis perjanjian yang perlu dimeterai iaitu Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman, dan skalanya serupa.




  • RM150k pertama = 1% (Minima RM300)
  • RM150k - RM1juta = 0.7%
  • RM1juta - RM3juta = 0.6%
  • RM3juta - RM5juta = 0.5%
  • RM5juta - RM7.5juta = 0.4%
  • RM7.5juta dan seterusnya = Boleh dirunding (Minima 0.1%)

Dalam hal berkaitan, terdapat diskaun sekiranya pembelian hartanah mengikut standard Perjanjian Jual Beli daripada pemaju:
  • RM45k ke bawah = RM250
  • RM45k - RM100k = Diskaun 25% daripada jumlah mengikut skala
  • RM100k - RM500k = Diskaun 30% daripada jumlah mengikut skala
  • RM500k ke atas = Diskaun 35% daripada jumlah mengikut skala

Bagi duti setem untuk pinjaman, RM5 dkenakan bagi setiap RM1k. Jumlah ni akan disetemkan ke atas dokumen Perjanjian Pinjaman.

Manakala skala duti setem untuk pindah milik hartanah atau MOT (Memorandum of Transfer Title) yang dikenakan apabila rumah telah siap dan mempunyai geran, seperti berikut:
  • RM100k yang pertama = 1%
  • RM101k - RM500k = 2%
  • RM500k ke atas = 3%

Akhir sekali, masih terdapat caj/bayaran tambahan lain, seperti:
  • Setiap caj/bayaran guaman tertakluk kepada 5% cukai perkhidmatan.
  • Professional charges dan disbursement yang berpandukan kepada Forth and Fifth Schedule Legal Professional Act 1976.

No comments:

Post a Comment